ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 October 2009

Barua SPRM ini membelit rupanya....sah konsipirasi licik menjatuhkan kerajaan PR di Perak...!!!

Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah

Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Harakahdaily


apa nak di hairankan sebab semua ini dirancang..sebab mereka memiliki semua agensi dan jabatan..semua kepunyaan mereka dan boleh berbuat apa saja untuk mereka..
apa kata rakyat ..dunia..semua mereka tak peduli..

rakyat tempat 1malaysia dilancarkan terus di perbodohkan selagi boleh..hingga sultan pun mereka buat yang sama..

ini semua politik yang amat kotor yang tidak langsung memikirkan tentang ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MELIHAT SEGALA YANG TERJADI.

nampak gaya badan kehakiman juga di perkotak katikkan..
apa lagi rakyat yang tiada kuasa..yang terus diperbudak budak kan dari dulu,kini dan selamanya


Kepada Zambry dan UMNO/BN serta konco2nya... makanlah segala duit komisyen balak dan duit haram itu sehingga ke anak cucu cicit.Kaya di Dunia hanya sementara.Kalau kuat pun makan nasi 2 pinggan dan roti canai 2 keping je.. minum segelas milo ais... tak lebih dari itu...

No comments:

Post a Comment