ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 October 2009

PAS akan terus gagal tawan Terengganu jika ini pemimpinnya..

ini komen seorang pemimpin PAS Terengganu mengenai cadangan TGNA..kenapa gua fikir jawapan beliau macam jawapan orang bersalah je??juga jawapan katak bawah tempurung...malu weh...dan satu lagi,jawapan dia buatkan buatkan gua rasa dia pun pro UG juga...

MARANG - 24 Okt- Ketua Dewan Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Usstaz Harun Taib telah mengadakan satu sudang media.

Sidang ersebut telah diadakan selepas majlis perasmian penutup sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pasti Negeri Terengganu di Rusila, disini, petang semalam, 24 oktober, 2009.

Berikut disiarkan kenyataan penuh, soal-jawab beliau dengan para wartawan yang hadir;

Wartawan: Dato’, minta komen kenyataan Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya?

Dato’ Harun Taib: Setakat ini saya masih tidak percaya yang Tok Guru Nik Aziz buat kenyataan seperti itu.

Wartawan: Tapi, dia (Nik Aziz) mengaku?

Dato’ Harun Taib: Saya belum tengok lagi kenyataan (terbaru) dia (Nik Aziz) cuma surat khabar tulis katanya datang dari blog dia (Tok Guru) dan blog dia itu siapa tulis saya pun tidak tahu.

Wartawan: Dato’ ada baca blog itu?

Dato’ Harun Taib: Saya baca (blog) tetapi saya tidak dapat mengesahkan sama ada Tok Guru kata atau siapa kata, saya tidak tahu dan saya tidak percaya Tok Guru kata. Sebab, Tok Guru tidak akan buat kenyataan yang seperti itu dengan tidak ada alasan yang kukuh.

Wartawan: Kenapa, Dato’ rasa bukan Tok Guru yang tulis?

Dato’ Harun Taib: Saya rasa bukan Tok Guru. Sebab, Tok Guru saya kenal dia. Dia tidak buat kenyataan ‘sombrono’ dan dia mesti ada fakta, ada hujah, ada dalil. Takkan Tok Guru hendak buat kenyataan berdasarkan MCA buat macam itu, kita (PAS) juga hendak buat macam itu. Umno buat macam itu, kita (PAS) pun hendak buat macam itu. Mesti ada fakta, kita (PAS) parti Islam.

Wartawan: Jadi, siapa yang tulis jika bukan Tok Guru?

Dato’ Harun Taib: (ketawa)… Sesiapa pun boleh tulis dalam blog Tok Guru. Ini zaman canggihkan.

Wartawan: Jika benar Tok Guru yang tulis. Apa komen, Dato?

Dato’ Harun Taib: Nanti ternyata Tok Guru yang tulis baru saya boleh komen. Saya ada saluran saya untuk mengesahkan sama ada Tok Guru sendiri yang tulis atau tidak.

Wartawan: Apakah benar, ketiga-tiga (Hadi, Mustafa dan Hasan) itu pro-Umno?

Dato’ Harun Taib: Isu ini (kerajaan perpaduan) sudah habis dan sudah tutup buku. Tidak timbul lagi siapa pro-kerajaan perpaduan.

Wartawan: Dato’, ada petanda pergolakkan dalam parti PAS?

Dato’ Harun Taib: Tidak ada..tidak..tidak ada pergolakkan dalam PAS, tidak ada alamat dan tidak ada tanda. Cumanya, sengaja digoyang, ‘pokok digoyang’. Jika berkocak pun disebabkan ada orang yang sengaja menggoyangnya. Pokok itu sendiri tegak, teguh dan bukan sahaja mendapat sokongan dari orang-orang Melayu (Islam) sekarang ini tetapi juga mendapat sokongan dari orang bukan Islam dan bukan Melayu. Itu tanda keteguhan. Jadi, PAS sedang menunggu untuk mengalahkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya ini.

Wartawan: Dato’, bagaimanakah nanti jika benar kenyataan itu bukan dari Tok Guru tetapi dari pihak tertentu?

Dato’ Harun Taib: Kita serah kepada pimpinanlah dan biar ternyata dahulu. Jadi, saya masih mengatakan bukan blog itu ditulis oleh Tok Guru Nik Aziz sendiri. Siapa yang tulis saya tidak tahu.

Wartawan: Dato’, jika betul?

Dato’ Harun Taib: Jika sah betul Tok Guru Nik Aziz yang tulis, saya akan komen kemudian dan datang jumpa saya. Saya akan buat komen semula.(gua ambil kat sini)

perghh.kalau ginilah pemimpin PAS ganu,bila pulak gua nak merasai parti islam memerintah Ganu erk??


keraspedal

No comments:

Post a Comment