ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 October 2009

Puad dakwa peranan Anwar punca PAS krisis

Sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia segera adalah antara beberapa faktor berlakunya konflik dan kecamuk dalaman serius kepada barisan kepemimpinan PAS sekarang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan krisis dalaman PAS yang semakin celaru ini telah memberi ruang kepada Anwar untuk menguasai sesetengah barisan kepemimpinan parti ini.

“Di peringkat awal, ada kemungkinan barisan kepimpinan PAS mahu mengguna dan meyakini Anwar sebagai batu loncatan dan alat bagi mendapatkan kuasa tetapi keadaan berlaku sebaliknya,” katanya ketika diminta mengulas krisis dalaman PAS yang disifatkan semakin serius sekarang.

Beliau yang ditemui di pejabatnya memberitahu, Anwar telah berjaya masuk dan kuasai barisan kepemimpinan PAS hanya untuk matlamat utama beliau mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia sahaja.

“Akhirnya PAS yang sudah bermasalah sebelum ini menjadi semakin serius sehingga idealisme mahu memperjuangkan negara Islam sudah terkeluar dari landasannya,” katanya.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu, PAS dan barisan kepemimpinan parti sedang menghadapi gelombang dengan konflik pendekatan politik masakini di Malaysia.

“PAS tertekan sebagai sebuah parti Islam kerana idealisme ini dianggap kekuatan dan sokongan padu dari orang-orang Melayu tetapi pelbagai cabaran dan realiti politik masakini telah menyebabkan berlakunya konflik antara mereka,” katanya.

“Ini ditambah dengan realiti politik masakini yang melibatkan faktor bukan Melayu yang sedikit sebanyak menambahkan lagi gelombang konflik kepemimpinan sekarang,” katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya lagi, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mendesak supaya diadakan mesyuarat khas bagi menyelesaikan konflik yang semakin serius ini.

Krisis matlamat perjuangan dan strategi parti telah menjadi masalah utama kepada parti ini selepas pilihan raya umum ke-12 lalu berikutan pelbagai kenyataan berbeza dari kepemimpinan PAS.

Keadaan semakin serius menjelang Muktamar Pemilihan PAS yang lalu apabila wujudnya pertembungan antara ulama dan kumpulan yang dikenali sebagai Erdogan sehingga menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan sesetengah ahli.

Pada satu ketika, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dilihat secara terbuka memberi sokongan kepada individu tertentu yang turut dikaitkan antara pemimpin dari kumpulan Erdogan.

Mengulas isu ini, Mohd Puad memberitahu, krisis kepemimpinan PAS sudah berlaku sejak dari dahulu antara kumpulan ulama dan profesional Melayu yang pernah mengikuti pelbagai gerakan termasuk IRC (kini JIM).

“Gelombang konflik ini berterusan sehingga sekarang seperti membabitkan perbalahan kenyataan antara Ahli Parlimen PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen PAS Baling yang berkaitan nama Allah."

Sehubungan itu, Mohd Puad mengakui barisan pemimpin Umno lebih ke hadapan dalam menentukan corak kepemimpinan masa hadapan dengan memansuhkan kouta kuasa perwakilan yang disifatkan sebagai satu pengorbanan besar.



penyapu sial

Patutlah pelajar Malaysia makin tak pandai kalau timbalan menteri pelajaran tinggi membuat analisis yang serupa ini. Macam mana pula Anwar yang mengharapkan bantuan PAS suka untuk mengkucar kacirkan PAS supaya dia boleh cepat jadi PM. Lagi melucukan bila diakhiri dengan kenyataan yang UMNO lebih kehadapan dalam kepimpinan dan pengorbanan.

Puad Zarkashi ni dulu penyokong Pas tapi sekarang merupakan orang kuat Umno kerana sikapnya yang mahu menjadi menteri.Dia tahu kebenaran,tetapi oleh kerana kuasa,Dia memilih untuk menyokong kebathilan.Semasa zaman mudanya,Puad Zarkashi adalah penyokong kuat Nakhaie Ahmad,bekas Naib Presiden Pas yang menyertai Umno.Kepada orang2 Pas,kita harus sentiasa beringat,supaya jangan ada lagi di antara kita yang akan mengulangi sejarah Puad Zarkashi yang mengkhianati perjuangan Islam...

No comments:

Post a Comment