ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

21 October 2009

Bukan kepala lembu seksen 23 shah alam....ini betul betul lembu korban....

WASB Tawar Lembu Korban RM1,650 Seekor

Syarikat pembekal dan pengusaha lembu fidlot di Kedah, Widad Agrofarm Sdn Bhd (WASB) menawarkan diskaun harga lembu antara 20 hingga 25 peratus seekor kepada umat Islam di seluruh negara yang berhajat melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha bulan depan.

Syarikat itu menawarkan pada harga ladang serendah dari RM1,650 seekor (yang tidak termasuk harga pengangkutan) mengikut kategori yang boleh dipilih sendiri di ladangnya di Sungai Laka, Changlun, kira-kira 55 kilometer dari sini, mulai isnin.

Pengarah Urusan Kumpulan WASB Datuk Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata syarikatnya menyediakan hampir 1,500 ekor lembu dari yang dibawa masuk dari Thailand untuk tujuan itu.

Menurutnya, lembu yang dibawa dari Thailand itu dikuarantin dahulu di Pusat Pengumpulannya di negara tersebut selama 10 hari dan kemudiannya dikuarantin lagi 10 hari di Ladangnya di Sungai Laka, sebelum dijual kepada pembeli.

"WASB memberi jaminan kualiti dan kebersihan lembu yang dijual kerana haiwan itu terlebih dahulu diperiksa dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada rumah terbuka Aidilfitri WASB di ibu pejabatnya di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kedah yang baru, Dr Mohd Termizi Ghazali yang memulakan tugasnya hari ini menggantikan Dr Abdul Razak Mohd Zailan yang ditukarkan ke ibu pejabat JPV di Putrajaya.

Purata harga seekor lembu di negeri ini yang cukup syarat untuk tujuan ibadah korban dianggarkan RM2,100 seekor bagi kategori yang sama berharga RM1,650 yang dijual oleh WASB.

Muhammad Ikmal berkata tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol 1800-88-6116 berdasarkan siapa dahulu dia dapat.

"Harga yang rendah dan berpatutan ini bertujuan membolehkan lebih ramai umat Islam dapat menunaikan ibadah korban. Kita mengalu-alukan orang ramai, agensi kerajaan dan swasta yang memerlukan lembu bagi tujuan korban supaya datang ke ladang WASB untuk melihat sendiri lembu sebelum membuat tempahan," tambahnya.

Menurut Muhammad Ikmal, sebuah syarikat di Perak setakat ini telah membuat tempahan terbesar sebanyak 500 ekor lembu selain orang perseorangan.

Beliau berkata WASB menawarkan diskaun harga berkenaan antaranya sebagai usaha memperkenalkan syarikatnya yang berazam menjadi peneraju pembekal lembu dan daging termurah dan berkualiti di pasaran.

Walau pun usia WASB baru mencecah dua tahun, katanya ia berwawasan menjadi pengusaha industri yang serius berkenaan dengan menyediakan haiwan dan daging lembu tempatan yang bersih, segar, berkualiti dan halal pada harga terendah.

WASB juga sentiasa memastikan haiwan dan bekalan daging yang dipasarkan mengikut garis panduan ditetapkan JPV, kata Muhammad Ikmal.

Beliau berkata syarikatnya juga akan meneruskan jualan harga daging lembu terendah iaitu RM17 sekilogram berbanding harga pasaran semasa sekitar RM18.

"Kami merancang untuk menjadikan harga itu sebagai harga tetap kepada pelanggan yang memiliki kad diskaun yang mana pendaftaran keahlian diberikan secara percuma untuk pembeli dan kini lebih 200 orang telah menjadi pemegang kad diskaun itu," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment