ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 October 2009

Kami Pun Sayangkan PAS Juga


























Menurut Utusan Malaysia Online, Mursyidul Am minta supaya PAS dibersihkan daripada anasir pro kerajaan (atau pro Umno). Mereka ialah Tim Presiden, SU Agung dan PJ Selangor. Pembersihan itu perlu dibuat melalui muktamar khas.

Menurut Naib Presiden 2, PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama akan mengagendakan dalam mesyuarat masing-masing cadangan Mursyidul Am itu. Maksudnya, cadangan Mursyidul Am tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja tetapi akan diperhalusi.

Terpulanglah kepada dua institusi tertinggi dalam PAS berkenaan mengeluarkan keputusan masing-masing. Cuma, jangan salah satunya berkata A dan satu lagi pula berkata B.

Pastinya, tidak ada masalah dengan jawatan SU Agung dan PJ Selangor. Kedua-dua penjawat jawatan itu boleh digugurkan oleh Presiden, secara diplomasinya dengan persetujuan PAS Pusat. Tanpa persetujuan PAS Pusat pun penjawatnya boleh digugurkan dengan budi bicara Presiden.

Jadi, desakan Mursyidul Am supaya diadakan muktamar khas, difahami merujuk kepada jawatan Tim Presiden.

Saya sekadar bermulahazah dengan pertanyaan berikut:

* Sekiranya muktamar khas diadakan, dan jawatan Tim Pres dipertandingkan, siapakah pencabar Tim Pres yang ada sekarang? Pencabar yang lama atau yang baru? Kalau yang lama, ramai yang sudah kenal. Kalau ada pencabar baru, siapa?

* Bagaimana sekiranya penjawat Tim Pres sekarang menang lagi dalam pemilihan itu? Perlukan muktamar khas lagi? Dan, pencabar yang kalah dalam muktamar khas itu akan mencabar lagi?

* Katakan Tim Pres yang ada sekarang kalah dalam pemilihan itu, apa jaminan bahawa Tim Pres yang terpilih itu lebih baik daripada Tim Pres yang ada?

* Benarkah Tim Pres yang ada adalah beban kepada PAS? Atau, orang yang bakal mencabar Tim Pres yang ada dalam muktamar khas nanti yang sebenarnya berasa Tim Pres yang ada adalah beban kepada dirinya?

* Tahun 2011 PAS akan bermuktamar lagi untuk pemilihan kepimpinan baru. Dijangkakan bahawa PRU ke 13 hanya akan diadakan pada tahun 2012 atau 2013. Justeru, mengapa tidak ditunggu sahaja tarikh itu?

* Kalau ingin menjatuhkan Tim Pres yang ada pada muktamar 2011, pada muktamar tahun hadapan, perwakilan boleh mendedahkan kelemahan Tim Pres ini. Tentu itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi pendirian Tim Pres yang ada untuk menarik diri, juga mempengaruhi perwakilan untuk menolaknya jika dia tercalon lagi pada muktamar pemilihan akan datang. Alah, 2011 sekejap sahaja kan?

Pertanyaan biasa yang dikemukakan ini sekadar untuk meneguhkan pendirian peribadi saya bahawa PAS tidak perlu mengadakan muktamar khas untuk memilih kepimpinan PAS Pusat yang baru. Saya ulang, tidak perlu.

Kalau Mursyidul Am sayangkan PAS, saya ahli marhaen di bawah ini juga sayangkan PAS. Yang tak sayangkan PAS, tak pernah sayangkan PAS dan tak akan sayangkan PAS hanya Umno saja.

Oleh Zolkharnain Abidin

No comments:

Post a Comment