ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 October 2009

Tranungkite @ TKO hidup segan mati tak mau...: Angkara Siapa?

Pejam celik dah lebih kurang dua bulan TKO koma tak celik-celik. Siapa punya kerja? Lahanat sungguh sifat dengki manusia tu. Apa salah TKO? Sekadar menyiarkan berita mutakhir dan telus ramai jugak yang marah pabila terkena atas batang hidung sendiri. Rasanya bukan hanya dari sebelah sana yang senang hati TKO koma malah segelintir dari dalam Pas pun gembira dengan status TKO kini


Tepatlah dengan motto Maklumat Terkini Berita Sensasi, TKO menjadi tumpuan dengan puluhan ribu hits sehari. Maklumat statistik perayau web TKO pernah mencecah sebanyak 25,000 hits pada satu masa. Bayangkan kalau satu hari berapa juta hits.

Sebab itulah walau pada sesetengah orang baik dari Pas atau Umno yang buta memandang remeh keupayaan TKO. Malah mencebik TKO. Sedangkan disatu pihak yang senantiasa membuka mata dan celik minda selalu menginginkan TKO sebagai wadah maklumat terkini. TKO meskipun milik DPPKD tapi kadangkala artikel yang tersiar tidak memilih bulu. Itu antara sebab mengapa ada ramai yang anti-TKO.

Berbalik kepada isu TKO koma. Aku tertarik dengan kecaknaan oleh sahabat Blogger ahli TKO menyentuh mengenai perkembangan pembinaan TKO. Mungkin benar sumbernya mengatakan TKO sedang menuju ke tahap 70% pembaikpulihan. TKO memang tenat.

Pada saat mula TKO tumbang aku menyangkakan ia hasil kerja perahan idea jahat cybertrooper yang dibiayai kerja-kerja kotor mereka oleh kerajaan melalui agennya JASA. Umno terlalu senang mempergunakan dan menyalahgunakan hakmilik kerajaan. Kerja jahat Umno amat terancang. Sebab itu menepati ungkapan 'kerja jahat yang terancang akan menandingi kerja baik yang tidak tersusun".. gitulah lebih kurang.


"Menurut sumber di percayai Kementerian Penerangan mengupah ratusan lepasan graduan universiti bagi menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menerusi pelbagai laman blog dalam cubaan membina semula kredibiliti UMNO BN yang semakin terhakis. Angkatan ini diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan dikatakan dibayar imbuhan kira-kira RM 3,000 sebulan bagi memantau dan menangkis segala dakwaan dan tuntutan yang dianggap menjejaskan krediliti BN, kata-kata sumber rapat dengan JASA.

Mereka diberi kemudahan komputer dan internet dan misi utama ialah menyerang pimpinan Pakatan Rakyat melalui blog yang kononnya dibangunkan mereka secara peribadi. Tidak dapat dipastikan sama ada pasukan itu turut di tugaskan untuk menggodam blog dan laman web pro Pakatan Rakyat yang menjadi wadah maklumat alternatif rakyat Malaysia masa kini. Penubuhan pasukan bloggers tersebut di lihat sebagai tindakan terdesak UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk berdepan dengan keluhan rakyat terhadap UMNO BN di alam maya.

Pastu aku terfikir pulak setakat mana sangat keupayaan cybertrooper ni, baik sket dari aku je kot. Mereka pandai ke buat advance punya onar dengan melakukan 'injection' terus menggodam menjahanamkan database TKO? Kalau setakat buat onar sekadar 'flooded' kan TKO atau 'DDOS' kan TKO mungkin lah. Mereka pun bukan bijak sangat. Taraf budak hingusan mengganggu blog-blog atau web forum pembangkang dengan sumpah seranah maki hamun dan mencarut.

Perkara yang tidak terduga malah menggemparkan aku kemudian ialah menurut sumber tidak rasmi aku bahawa kerja-kerja penjahanaman TKO dilakukan oleh tangan dari Kementerian Dalam Negeri. Mungkin Admin TKO lebih tahu tapi maklumat itu dirahsiakan. Takpelah mintak izin dari Admin TKO aku nak royat kat sini.

Ingat tak dulu Samudin pernah 'sound' nak 'block' mana-mana blog atau web pembangkang yang dikatakannya banyak menaburkan berita fitnah. Tapi saranan itu mendapat tentangan dari ramai pihak termasuk para blogger pro-Umno sendiri. Kemudian isu itu senyap dan tenggelam.

Rupanya dalam duk diam tu, KDN yang bawah telunjuk beliau sekarang melakukan pemantauan 24 jam terhadap blog panas berapi yang tersenarai. Salah satunya pasti TKO masuk senarai. Oleh kerana itu bila berlaku sedikit kesilapan teknikal yang tiada terjangkakan oleh Admin TKO maka sepantas itu KDN mengambil peluang melalui bijakpandai IT mereka godam dengan sesungguh-sungguhnya menggodam mengganyang TKO sehingga tak sedar diri.

Pihak dibelakang tabir TKo sedang berusaha dengan sebaik mungkin membina kembali dan menguatkan semula sistem imunisasi TKO bagi menghadapi virus Umno pada masa depan. .

Dari itu marilah kita semua yang 'berkepentingan' dalam TKO mendoakan agar TKO segera pulih. Bangkitnya TKO kali ini akan segera melenyapkan penyebaran berita palsu oleh semua media ampu Umno.

No comments:

Post a Comment