ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 October 2009

Kebebasan Kehakiman Disekat ...., Ekonomi Tergugat

Pada hari Khamis saya menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Etika Hakim, menegaskan kepentingan sistem kehakiman yang bebas serta tidak hanya memihak kepada kekuasaan terutama apabila hak rakyat ditindas. Saya ungkapkan dalam Dewan Yang Mulia, teguran mantan hakim yang berwibawa seperti Tun Suffian dan Tuanku Sultan Azlan Shah. Kita merasa bimbang melihat pimpinan parti pemerintah menggasir kebebasan institusi keadilan melalui peguam kaya dan hakim yang curang.

Keresahan rakyat seharusnya direnungi apabila rasuah dan penyelewengan kuasa membudaya serta mengakar lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang. Lupakah kita kata-kata hakim NH Chan, “something is rotten in the House of Denmark.” Tatkala riuh rendah pimpinan umno bn ingin membawa perubahan, Laporan Suruhanjaya Pita Lingam diketepikan begitu sahaja. Kononnya tiada perlu untuk mendakwa VK Lingam, sedangkan kontroversi ini membabitkan individu-individu yang enak dan selesa dipersada kekuasaan. Berulang kali kita tekankan mustahaknya prinsip pertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan menjadi antara sendi  pemerintahan..
Beberapa jam lalu, pembentangan belanjawan baru sahaja selesai. Saya mengambil peluang untuk meneliti belanjawan terbaru ini di samping mengenal pasti kejanggalan ketara, iaitu mengapa tiada pengumuman berhubung perbelanjaan ketenteraan dan keselamatan negara. Tambah merunsingkan ialah kurangnya perbelanjaan pembangunan sekitar 4.4%, dari RM 53.6 billion kepada RM 51.2 billion serta merosotnya pendapatan negara dari yang dijangkakan. Malahan beban hutang juga meningkat sebanyak 18.3% dari RM 306.4 blillion pada tahun 2008, kepada RM 362.5 billion. Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Post a Comment