ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 October 2009

KALAULAH ALMARHUM USTAZ FADZIL MASIH HIDUP .....

KEMELUT PAS, KALAULAH ALMARHUM USTAZ FADZIL MASIH HIDUP

SESUNGGUHNYA kepada Allah jua kita akan kembali. Alfatihah, buat Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang telah menemui Allah dan tidak akan kembali lagi kepada kita yang amat merinduinya. Di saat parti yang pernah dibentuk oleh Almarhum dari sebuah parti kekampongan sehingga menjadi parti yang amat digeruni dan kini mengalami berbagai masalah dan kemelut, kita terlalu merindui Almarhum untuk kembali bersama kita. Biar tenggelam bumi negara ini dek air mata kita kerana merindui beliau untuk memperbetulkan kekalutan di dalam PAS ketika ini, namun jasadnya tetap akan bersemadi setenang-tenangnya.

Seandainya Ustaz Fadzil di alam Barzakh diberi perkhabaran tentang apa yang telah menimpa PAS sekarang, adakah Ustaz Fadzil akan menangis seperti kita sekarang? Tentunya tidak. Almarhum tidak lagi terikat dengan kerja-kerja di dunia lagi bahkan beliau kini tidak lagi terikat dengan kewajipan terhadap Allah SWT sepertimana kita masih hidup. Sudah cukup beliau meninggalkan PAS ini kepada kita untuk terus diperjuangkan sehingga kita mampu menunaikan amanahnya iaitu ingin melihat PAS memerintah negara ini dengan Islam. Apakah kita lupa akan amanah itu?

PAS sekarang tidak segagah dan sepadu kekuatannya seperti di zaman Almarhum. Meskipun di zamannya PAS tidak berada dalam 5 negeri yang dapat ditawan dari Umno/Bn seperti sekarang, tetapi kekuatan dan perpaduan PAS amat kuat ketika itu. Kebijaksanaan Almarhum yang dapat mengenali mana satu kawan dan lawan tidak dapat ditandingi oleh kepimpinan PAS sekarang. Di zaman Almarhum, semua pimpinan PAS diajar untuk menghormati dan bersetia dengan rakan seperjuangan. Tetapi sekarang di dalam PAS, pimpinan sering bertelagah dengan pimpinan dari rakan-rakan mereka sendiri. Semasa susah mereka bersama, tetapi bila sudah senang sedikit dan berjaya, ketamakan menguasai diri. Akal yang dulunya cerdik bila berbicara tetapi semakin beku.

Contoh seperti yang berlaku di Selangor. Peristiwa `rundingan dalam kelambu' bersama Umno tatkala PR baru mengambil kuasa di Selangor menjadi kudis buat PAS. Kudis itu dibiarkan terus oleh pimpinan tertinggi PAS sehinggakan kudis itu semakin merebak. Apabila kudis itu cuba diubati dengan rawatan yang salah, pastinya kudis itu tidak akan sembuh. Sebaliknya semakin dirawati dengan rawatan yang salah, kudis itu merebak dan semakin berani. Mereka gagal berbohong dengan isu `rundingan dalam kelambu', mereka menukar cara yang lain pula. Kerajaan PR di Selangor terus diganggu dengan alasan untuk meng`Islam'kan Selangor. Kesempatan terus diambil jika terdapat isu yang boleh mereka ambil kesempatan. Sehinggakan di dalam isu Selcat pun, PAS Selangor mahu menunjukkan gagahnya mereka membela puak-puak penyeleweng yang dulunya pernah memijak kepala PAS itu sendiri. Mereka tidak percaya rakan mereka dalam PR boleh berlaku adil dan telus selain dari mereka.

Di dalam Muktamar PAS baru-baru ini pun, terdedah bagaimana pemimpin PAS berusaha untuk bersama Umno di Perak setelah menyedari mereka berpeluang untuk menjadi MB Perak jika bergabung dengan Umno. Itulah yang terjadi di Selangor dan itulah kudis PAS sebenarnya. Sikap membiarkan pemimpin seperti ini menjadikan kudis itu merebak sehingga kini menjadi kudis buta yang amat merbahaya. Bencana awal akibat kudis buta ini dapat dikesan setelah pilihanraya kecil di Manek Urai sehingga PAS hampir terduduk. Masih pimpinan tertinggi PAS gagal berbuat apa-apa, sehinggalah penyakit ini berjangkit pula di Bagan Pinang. Di Bagan Pinang, PAS mulai merasa betapa gatalnya kudis buta yang disimpannya selama ini.

Suka atau tidak, kudis buta ini mesti dirawat segera. Mursyidul Am PAS punya kaedah untuk merawatnya tetapi beliau tidak mampu berseorangan. Maka beliau mengharapkan semua ahli PAS membantunya terutama di peringkat pimpinan. Malangnya, baru Mursyidul Am menyebut kaedah rawatan yang boleh dibuat oleh PAS, beberapa pemimpin menolaknya dengan angkuh dan sombong dengan menyebut kononnya PAS tidak pernah berpenyakit. Pada Mursyidul Am, jika PAS di ibaratkan seperti jasad manusia, sebelah kaki PAS kini berpenyakit kudis buta. Kaki yang berpenyakit itu perlu dipotong segera agar tidak melarat ke serata tubuh badan sehingga boleh membawa ajal. Bukan tidak sayang kepada kaki yang ingin dipotong itu, tetapi demi untuk menyelamatkan jasad yang lain kaki yang berkudis buta itu terpaksa dikorbankan.

Mursyidul Am tidak memaksa untuk diadakan kaedah rawatan itu. Beliau cuma mencadangkan sahaja. Sekiranya pimpinan PAS merasakan kaedah itu baik, maka lakukanlah. Jika tidak, carilah kaedah lain asalkan kudis itu boleh dirawati. Tetapi jika masih sayangkan kepada kudis buta itu, bersedialah kita untuk dikuburkan sepertimana kita ingin menguburkan Umno. Kalaulah Almarhum Ustaz Fadzil masih ada

Oleh: WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment