transformasi gopoh gapah najib tiru buku jingga PR....Mulut didahulukan,
flip-flop diutamakan....!!!!
-
Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali
lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak
sebagai...
14 years ago




Memang benar ada bai'ah dalam Pas, tetapi ikrar taat setia kepada parti, bukaannya mencerai isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, "Tiada taklik talak tiga dalam Pas yang bermaksud jatuh talak tiga sekali gus bagi seseorang wakil rakyat terhadap isteri mereka jika mereka 'melompat' parti selepas memenangi pilihan raya," katanya.
Tak sangka rupa-rupanya perkara itu begitu serius. Nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz meletupkannya cepat. Kalau tidak, semua orang pakat duk sembunyikan benda-benda yang mereka tak suka itu, dengan anggapan ia hanya perkara kecil. Rupa-rupanya ia bukan lagi perkara kecil.


Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan terhadap bekas mufti Perlis itu berhubung kesalahan mengadakan kuliah agama tanpa tauliah daripada jabatan itu.
Saya merujuk kepada sebahagian tulisan Prof. Aziz Bari yang terdapat di PerakExpress. Sememangnya Ustaz Azizan layak menggantikan Haji Hadi untuk menerajui PAS. Walaupun beliau dikatakan tidak berminat, PAS harus paksa beliau. Bagi saya Ustaz Azizan memang mempunyai ketokohan yang mirip dengan almarhum Ustaz Fadzil, cuma ada yang "kureng" sikit, aura belum cukup kuat. Kebolehan serta kecekapan Ustaz Azizan mentadbir Kedah jauh lebih baik sewaktu Kerajaan PAS di Terengganu dahulu. Ustaz Azizan berjaya menangkis serangan-serangan daripada UMNO dengan bijak sekali. Bermula sewaktu awal-awal Pakatan mengambil alih Kedah. Isu Tadika Kemas dikunci dimainkan, tapi berjaya diselesaikan oleh Ustaz Azizan sehinggakan UMNO tidak mampu membalas balik.
Tiada kata lagi yang dapat diucapkan. Hanya mampu tersenyum memanjang. Sementara kusut belum pun terlerai, tembelang lain makin terbungkai.