ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 November 2009

malas tampil bela diri...goyang kaki dan goyang teloq la....!!!

Maklumat didalam blog : Bukan 100% benar dan bukan 100% bohong; kena kaji dan selidiki sendiri

Persoalan samada penulis blog berkenaan berbohong atau membuat dakwaan palsu adalah tanggungjawab penulis blog berkenaan.

Selama ini pun tidak ada yang berani mendakwa maklumat di dalam blog adalah 100% benar dan sahih tetapi ia menjadi asas kepada mencari kebenaran.

Saya menyeru agar penulis blog berkenaan tampil membawa buktinya. Jika tidak beliau mesti bertanggungjawab kerana di dalam alam siber, penyebaran maklumat adalah pantas yang kadangkala melepasi tapisan, dan kita belum ada mekanisma untuk menentukan kesahihan sesuatu berita hatta berita dari harakahdaily sekalipun. Whatever news, especially from the net are all subjected to scrutinization and verification which must be carried out by the readers themselves. Tiada jaminan isi kandungan mana-mana blog di dunia ini boleh diterima sebagai 100% benar.

Namun ada hikmah yang tersembunyi sekalipun jika berita itu palsu. Dimanakan Ust Abu Bakar Chik? Mengapa beliau sendiri tidak tampil membela diri di dalam blognya. Tiada blog? Kenapa tiada blog? Pemimpin PAS Pusat perlu sentiasa up-to-date dengan maklumat terkini. Pemimpin PR yang lain kebanyakannya ada blog masing-masin termasuk DSAI dan Lim Kit Siang, tetapi dimana blog pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong? Mengapa tertinggal? Mengapa marah TGNA menulis di blog kalau anda sendiri pemalas untuk menulis blog? Atau jika ada blog malas pula nak kemaskini.

Blogger adalah blogger. Mereka menulis dari perspektif mereka. Sewaktu kemelut politik Perak, siapa yang berhempas pulas menyampaikan maklumat kalau bukan blogger? Sekalipun berita-berita dalam blog yang ada waktu itu belum dipastikan menyebarkan berita yang 100% benar.

Ada berita yang 100% benar, ada yang sekitar 60%-90% benar, ada yang di bawah 50% tahap kebolehpercayaan berita-berita berkenaan. Cuma kita kekurangan mekanisma untuk penetapan kesahihan sesuatu berita. Namun disebarkan juga waktu itu melalui blog termasuk blog ustadz sendiri yang saya ikuti sentiasa. Itu kaedah yang lazim dilakukan di dalam disiplin kewatawanan.

Kalau hendak menentukan sesuatu berita itu 100% benar, terutama berita-berita mengenai rampasan kuasa di Perak waktu itu, mungkin ia memakan masa kerana kita perlu semak kesahihan dengan pelbagai sumber. Dan apabila hendak diterbitkan pada waktu itu mungkin berita itu telah dikategorikan "basi".

Justeru ia diterbitkan dan kemudian pihak empunya diri perlu tampil pertahankan diri jika berita itu tidak benar pada masa itu juga melalui blog-blog mereka. Jika mereka tiada blog itu salah mereka sebab "perang siber" mencicirkan mereka yang naif.

Ini zaman teknologi, bukan zaman primitif, bukan abad ke 17.

Kepada Ust Misbahul, rasa nya tak perlu mendabik dada bahawa aku kenal semua pemimpin tertinggi PAS dan boleh telefon bila-bila masa jika mahu. Itulah juga sikap yang pernah dilakukan oleh seorang ahli pathologi berbangsa India yang sebelum memulakan keterangannya di dalam kes Teoh Beng Hock, menyatakan "saya telah melakukan lebih 3000 kajian... bla bla.." untuk menunjukkan kononnya beliau ahli pathologi handalan. Yang kini rupa-rupanya macam nak terbukti beliau terlibat di dalam pemalsuan fakta .. (kena tunggu keterangan ahli pathologi Thailand untuk pengesahan pemalsuan itu)

Merujuk kepada kecaman ABC terhadap tetamu yang diundang PAS. Berita itu SAHIH dimana ABC dilaporkan beliau tidak boleh lihat muka Prof Abdul Aziz Bari.

Yang nyata rata-rata ahli tidak senang dengan gelagat ABC yang buruk di seminar berkenaan. Mengapa hal itu lansung Ustaz Misbahul tidak ulas dan tidak sentuh? Cuma sentuh yang palsu tetapi tak berani sentuh hal yang benar?


hah...kalau macm tu la punya perangai....Lebih duduk atas kerusi goyang-goyang kaki - teloq pun ikut bergoyang dengan sendiri...

No comments:

Post a Comment