ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 November 2009

TPM: Kami tiada halangan tapi Selangor jangan halang sertai BTN

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kursus Biro Tatanegara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

“Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik,” kata beliau selepas majlis penyerahan lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Pagoh, Muar hari ini.

Semalam kerajaan Selangor memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah diberi gambaran yang salah tentang BTN.

“Masyarakat dan syarikat-syarikat swasta tidak sepatutnya dihalang daripada menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan BTN,” kata Muhyiddin.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dilaporkan berkata surat arahan berkaitan larangan itu akan

dikeluarkan segera kepada semua jabatan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri.

“Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecahbelahkan penduduk pelbagai bangsa dan

agama,” kata Halimah.

Muhyiddin berkata Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kakitangan awam persekutuan, masyarakat dan syarikat swasta daripada menghadiri

kursus anjuran BTN.

Kakitangan persekutuan, kata beliau tidak tertakluk kepada arahan kerajaan negeri Selangor itu.

“Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa menghalang orang ramai daripada mengikuti kursus BTN. Tunjukkan saya di manakah peruntukan undang-undang yang

membolehkan Menteri Besar untuk berbuat demikian,” kata beliau dipetik Bernama.

Kerajaan persekutuan, katanya tetap akan meneruskan kursus-kursus BTN walaupun Selangor mengambil tindakan sedemikian.

“Kita akan tetap teruskan kursus BTN. Jikalau dia (Selangor) tidak mahu, tidak mengapa. Kita tidak boleh halang jika orang ramai mahu mendalami konsep 1Malaysia, semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat,” kata beliau.

Mengenai majlis penyerahan lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, Timbalan Perdana Menteri berharap semangat pengorbanan

sebagaimana yang diterapkan perlu dihayati dalam perjuangan.


penyapu sial

Lagu pertama yang diajar dalam kursus BTN bagi pegawai2 kerajaan ialah "ANAK KECIL JANGAN MAIN API".

Kemundian mereka dimaklumkan tentang jasa2 bekas PM dan TPM kecuali Anwar Ibrahim. Mereka bagi tau yang Anwar Ibrahim ini seorang pengkhianat lebih bahaya daripada Chin Peng. Sikit punya bodohkah pegawai2 BTN tu,mereka tak taukah yang Anwar Ibrahim tu ketua pembangkang?

Pegawai2 BTN ini juga cerita tentang nasib orang Melayu yang merana hidup dibuminya sendiri. Mereka bagi statistik tentang bilangan doktor,lawyer,jurutera,arkitek Melayu yang jauh berkurangan daripada bangsa asing. Mereka kata,lambat laun Malaysia ini akan dikuasai oleh bangsa asing. Tapi, depa tak tau kot yang pemimpin UMNO dash serah sebuah gunung,sebuah bukit dan sebuah pulau kat 3 towkay cina yang terkaya. Kini sebahagian besar korridor Iskandar dah disapu oleh orang2 Singapura.

Mereka tak cerita pasal Khir Toyo,Rahim Thamby Chik,DaimZainuddin ,pemimpin2 MCA,MIC dan Gerakan yang balun berjuta-juta seperti projek PKFZ dsbnya. Sebaliknya, pegawai BTN ini dok asyik jaja Anwar bawa lari 3 bilion RM.

Pasal BN/UMNO tewas teruk dalam pemilu 2008 tak diceritanya. Alasan yang diberi kerana pembangkang bawa ramai undi hantu,terutamanya di Wilayah Persekutuan dan kawasan2 bandar.

Banyak lagi,cerita2 sampoi yang dibawa oleh pegawai2 BTN yang 101% adalah penjilat juboq UMNO.

Jadi Mahyuddin, bolehkah hang boleh nafikan benda2 ini tak dibuat?

Aku dah hadir 3 kali kursus ini. Mahyuddin hadir berapa kali?

Semua negeri dibawah PR patut ikut Selangor dan menghalang rakyat mereka dari menghadiri kursus BTN. Rakyat yang telah dipaksa pergi kekursus BTN tahu betapa nak termuntahnya mendengar jasa UMNO dan BN dan menganggap negara akan huru hara kalau selain dari mereka yang memerintah. Malah kadang-kadang mereka pun over sikit dan suruh rakyat curiga kepada semua parti termasuk yang menganggotai BN sendiri selain UMNO.
Hassan Ali pun taukeh BTN dulu. Dia tentu tahu maksud dan hasrat ditubuhkan BTN.

BTN ni tempat menyesatkan umat. Islam tak suruh orang benci kaum atau agama lain. BTN menggunakan duit rakyat (Islam dan bukan Islam) untuk hentam orang bukan Islam. Kemudian dok kempen 1Malaysia. Kepala otak dia.

No comments:

Post a Comment