ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 November 2009

"kepala" JAIS dan barua barua pecacai UMNO wajar di ajar



Bukan satu yang rahsia 'Majlis Keselamatan Negara' di Selangor yang dianggotai SPR, SPRM, Polis dan beberapa agensi kerajaan lagi terlibat membincangkan bagaimana menjatuhkan Kerajaan PAKATAN di Selangor. Ia telah didedahkan tetapi tiada penafian yang konkrit dari pihak terbabit. Bn Selangor yang dipimpin oleh Najib sendiri setelah menyedari kelemahan dan ketamakan Khir Toyo tidak langsung berselindung dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Selangor.

Terbaru ialah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang melakukan tindakan yang bercanggah dengan polisi dan dasar Kerajaan Selangor. Tangkapan terhadap Dr. Asri, bekas Mufti Perlis secara jelas mengikut telunjuk politik, malah penguat kuasa JAIS yang terlibat dalam operasi tangkapan tersebut juga panik. Berdasarkan kenyataan media YB Zuraidah yang berada di tempat kejadian secara jelas pegawai JAIS terlibat tidak dapat menjelaskan tindakan mereka sebaliknya asyik menelefon 'pihak tertentu' untuk mendapat arahan lanjut.

Sebaik sahaja tangkapan dibuat blog - blog pro Umno (baca: upahan Umno) telah bersungguh - sungguh melakukan 'spin' dengan menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tangkapan tersebut, sedangkan kita sendiri tahu sememangnya negeri Pakatan Rakyat berdepan masalah dengan agensi kerajaan seperti jabatan agama yang lebih mengikut telunjuk kerajaan pusat.

Tan Sri Khalid Ibrahim harus melihat perkembangan ini dengan serius. 'Kepala' JAIS harus dipanggil dan diminta memberikan penjelasan wajar. Jika gagal tindakan serius harus diambil termasuk memecat. Atas mandat rakyat Menteri Besar harus mempersembahkan secara terbuka kepada DYMM Sultan Selangor mengenai perkara ini.

Agen - agen Umno yang berlegar dalam agensi penting kerajaan harus dibuang segera. Menteri Besar dan barisan Exconya seharusnya bertindak tegas dan berani. Mereka harus menggunakan peluang ini untuk keluar dari imej 'lambat' yang sering di label oleh pihak tertentu.

Contoh lain Menteri Besar seharusnya melihat juga agensi seperti Yayasan Selangor yang menjadi tempat berkubang 'agen-agen' Umno..... Malah dilaporkan kakitangan pro Kerajaan Negeri telah 'dianak tiri' di beberapa agensi seperti ini.

Dalam perkembangan lain, Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Hassan Ali seharusnya bertanggung jawab dengan tampil ke depan menjelaskan pendedahan beberapa blog (pro Pakatan Rakyat dan pro Umno) yang mendedahkan hubungan beliau dengan Umno.

Blog blog tersebut secara jelas menyebut beliau dan beberapa pemimpin PAS lagi terlibat berjumpa dengan pemimpin Umno dan blogger Umno dengan mendedahkan perkara yang sepatutnya dirahsiakan. Jika tidak mampu memberikan penjelasan, maka tidak perlu diambil tindakan seharusnya dengan maruah Dr. Hassan Ali sewajarnya meletakkan jawatan apabila tindakan menjadi duri dalam daging terdedah.

Isu seperti pengurusan pasir harus diakui kelemahan dan perlu diperbetul segera untuk mengelakkan ia menjadi barah. Tidak dinafikan jika dibezakan dengan kerajaan lalu dibawah Bn, Kerajaan Selangor di bawah PAKATAN ini lebih baik namun sedarilah hakikatnya harapan rakyat adalah lebih dari itu.

lihat semula manifesto yang memenangkan kita adakah kita telah melaksanakan janji janji dalam pilihanraya lepas untuk memperkasakan hak rakyat. Lihat kembali deklarasi yang ditandatangani seperti deklarasi Barisan Rakyat yang berjaya mengembeling banyak NGO dan NGI teralibat memenangkan kita.

Jangan kuatir bertindak tegas dan hilang satu dua kerusi, sampah yang tidak mahu bekerja dan menjadi agen Umno atau ingin kaya cepat melalui jawatan harus dieksport terus ke dalam Bn. Biarlah Bn mengutip semua wakil rakyat yang rasuah, bermasalah dan malas membuat kerja ia adalah satu proses positif yang akan dinilai rakyat

No comments:

Post a Comment