ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 November 2009

Johor juga beri air percuma tapi untuk keluarga miskin

Pemberian air percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 nampaknya akan dirasai di negeri-negeri lain.

Berita terbaru, Syarikat Air Johor (SAJ) pula akan memperkenalkan skim pemberian rebat air kepada keluarga miskin tegar dan miskin bagi meringankan beban golongan berkenaan.

Mentri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata golongan miskin tegar itu akan menerima rebat bil air sehingga 20 meter padu pertama atau RM12 manakala keluarga miskin pula akan menerima rebat sehingga 10 meter padu pertama atau RM4.

“Pemberian rebat itu untuk meningkatkan bantuan jaringan keselamatan sosial bagi meringankan beban golongan sasaran seperti keluarga miskin dan miskin tegar termasuk kumpulan Orang Asli miskin tegar,” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2010 hari ini.

Dipetik Bernama, Abdul Ghani berkata sebanyak 9,596 keluarga di negeri ini adalah keluarga miskin, miskin tegar dan mudah miskin yang dikenal pasti sehingga kini melalui pangkalan Data Nasional, E-Kasih.

Daripada jumlah itu, kata Abdul Ghani, sebanyak 4,049 keluarga adalah ketua isi rumah miskin dan miskin tegar yang menjadi kumpulan sasaran utama kerajaan negeri dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan tegar sepenuhnya dan mengurangkan separuh kemiskinan menjelang akhir tahun depan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk memberi perlindungan takaful bernilai RM30,000 seorang kepada 2,975 anggota penjawat awam negeri yang memegang jawatan berisiko tinggi.

“Insentif ini dicadangkan memandangkan kerajaan negeri prihatin kepada risiko yang dihadapi oleh penjawat awam seperti pembantu penguatkuasa, pemandu, penghantar notis, pegawai keselamatan dan pekerja awam yang lain,” katanya.

penyapu sial

rakyat Johor lihatlah...selama pemerintahan UMNO-BN
masih ada 9,596 keluarga miskin. bukan jumlah yang sedikit, walaupun ekonomi negeri Johor banyak dibantu oleh kemasukkan rakyat Singapura namun keuntungan ynag ada kemana perginya.

kerajaan Johor perlu sedar penjualan hartanah kepada rakyat singapura bukan menambah baik taraf hidup rakyat setempat malah menambah beban, kerana mereka datang bukan untuk saja-saja datang, mereka memanipulasi pemimpin-pemimpin UMNO-BN dengan menggunakan rakyat tempatan untuk mengaih keuntungan dari projek-projek kerajaan yang ada lalu disalurkan ke negara mereka. rakyat Johor sebenarnya tidak sedar hakikat ini. rakyat Johor masih lagi mengimpikan janji-janji kosong UMNO-BN, sedangkan setelah 52 tahun, yang miskin tetap miskin.

No comments:

Post a Comment