ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 November 2009

cuai ...atau sengaja buat buat cuai.....untuk penyelewengan membuatkan PKNS dalam Kerugian

Diatas Kecuaian BN, PKNS Kerugian RM48 juta Dan Bakal Kerugian RM136.4 juta Lagi


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan satu lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, membongkar kegagalan Kerajaan Barisan Nasional menyelesaikan masalah setinggan di Bukit Botak, Selayang sejak 1986 lagi.

Matlamat utama mengatasi masalah limpahan penduduk setinggan yang mendiami Bukit Botak tersasar apabila projek penempatan semula ini gagal menyiapkan kediaman kepada 2,300 keluarga terbabit.

Seluas 201 ekar tanah dikenal pasti terlibat dalam perancangan penyusunan dan penempatan semula setinggan Bukit Botak yang ketika itu, Datuk Ahmad Razali Mohd Ali selaku Menteri Besar Selangor.

Rancangan ini bertukar tangan dan diteruskan apabila Menteri Besar yang baharu, Tan Sri Muhammad Taib meluluskan pelantikan Shah Alam Properties (SAP) sebagai Pengurus Pembangunan Projek malah mereka juga diberi wang pendahuluan sebanyak 17 juta ringgit bagi kerja-kerja pembangunan dan rancangan perbekalan air, elektrik dan lampu jalan.

Bagaimanapun akibat masalah teknikal SAP gagal meneruskan projek tersebut malah terbengkalai pada 1992.

Setelah beberapa tahun kemudian, Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) pula diberi kepercayaan untuk meneruskan projek tersebut pada 1996, membabitkan 1,367 rumah berkembar seluas 32.99 ekar. Pada ketika itu, Datuk Abu Hassan Omar merupakan Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu DCSB juga gagal menyiapkan rancangan penempatan tersebut, antaranya gagal membuat bayaran premium tanah, tidak menyiapkan rumah transit setinggan terbabit, tidak memperuntukkan wang subsidi sewa sebanyak RM300, menyiapkan hanya 82 lot rumah berkembar, 52 hak milik digadaikan bank dan gagal menyiapkan projek pemindahan setinggan kos rendah seluas 32 ekar diberi milik.

Umno-BN mengulangi kesilapannya pada pemerintahan Datuk Seri Khir Toyo apabila mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih pembinaan 1,367 unit rumah berkembar.

Kemusykilan timbul apabila PKNS melantik DCSB semula sebagai kontraktornya untuk membangunkan 592 unit walhal mereka ternyata gagal pada projek lalu.

Akibatnya PKNS sudah menanggung kos projek sebanyak RM48 juta bagi bayaran kontrak, yuran professional, subsidi sewa, saguhati pemindahan dan kos penamatan kontrak malah jika projek ini diteruskan, PKNS bakal menanggung kerugian 136.4 juta ringgit.

Setelah Pakatan Rakyat memerintah Selangor di bawah pentadbiran Abdul Khalid, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat seberang penyelewengan atau penipuan berlaku dalam pemberian tanah kepada bekas penduduk setinggan Bukit Botak.

Malah PKNS juga diarahkan menamatkan semua kontrak pembinaan di Bukit Botak bagi mengelakkan kerugian bertambah lagi.

utaraonline

No comments:

Post a Comment