ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 November 2009

Asri bertekad kempen hapus syarat wajibkan tauliah

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah hari ini menegaskan beliau akan terus menyampaikan ajaran agama dan berkempen agar undang-undang mewajibkan pengkhutbah mendapatkan tauliah daripada pihak berkuasa negeri.

Dalam komen pertama selepas dikenakan pertuduhan pagi tadi, Asri berkata, suasana dan persekitaran kini sudah berubah, sekali gus memerlukan undang-undang sedemikian dikaji semula.

"Sekarang zaman moden, tak boleh mengajar cara biasa, boleh tulis di internet, tulis dalam akhbar.

"Mereka nampak benda ini kecil, dia ingat bila halang orang mengajar ini perkara ringan... tapi bagi kita yang boleh mengajar ini perkara berat," kata beliau yang juga kolumnis akhbar mingguan arus perdana.

Beliau juga mengendalikan blognya sendiri.

Asri, selepas meninggalkan jawatan mufti pada penghujung tahun lalu terus aktif mengajar kelas-kelas agama persendirian dan menulis isu-isu keagamaan menerusi media massa.

Apabila ditanya sama ada tuduhan ini akan membantutkan aktiviti mengajarnya, Asri berkata: "Saya bila ada peluang bercakap soal Islam, saya akan cakap. Kalau tak bagi mungkin saya tak akan cakap perkataan Islam."

Ketika ditanya sama ada akan memohon mendapatkan tauliah kelak, Asri mengulangi undang-undang berkaitan dengan keperluan itu perlu dihapuskan.

"Akan tengok macam mana, kita nak cadangkan seksyen yang mewajibkan tauliah ini dihapuskan," katanya lagi.

Terdahulu, Asri, 38, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pukul 9.15 pagi atas tuduhan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Asri yang ditahan 1 November lalu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Beliau diwakili oleh Kamar Ainiah Kamaruzzaman dan Jamal Mohd Lokman.

Kes akan didengar pada 5 Januari depan.

Bekas mufti itu didakwa mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 iaitu mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

Jika disabitkan kesalahan beliau boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Penahanan Asri oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut telah mencetuskan kontroversi termasuk parti-parti politik merasakan tindakan itu tidak wajar.

Turut menemani Asri ke mahkamah pagi tadi ialah bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.


penyapu sial

Yang mempunyai ilmu mesti lebih banyak bercakap supaya orang lain dapat berkongsi ilmu dengannya, Tak setuju boleh bahas bukan tangkap. Kes Dr Asri adalah seperti satu hikmah untuk membuka minda umat Islam Malaysia. Sebenarnya telah ramai penceramah yang berilmu yang telah disekat dan digam dari memberi ceramah ugama diatas beberapa sebab.

Ada kerana aliran politik dan ada yang kerana fahaman mazhab yang berbeza. Ada yang dah nak naik BACA khutbah disuruh turun kerana tak tunjuk tauliah. Mereka ni bukan nak berkhutbah cuma nak BACA pun tak boleh kerana kopiah politik warna lain.
Dengan adanya cerita Dr Asri ni mungkin akan ada sedikit perubahan dalam perkara tauliah ni kerana Dr Asri mempunyai peminat yang ramai dikalangan pemimpin atasan.

No comments:

Post a Comment