ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

16 November 2009

PKR mahu MB Negri Sembilan jelas dakwaan kirim RM10 juta ke UK

Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa beliau telah menghantar keluar RM10 juta ke Britain melalui sebuah syarikat pengurup wang yang telah dibatalkan lesen oleh Bank Negara baru-baru ini.

Mohamad didakwa telah menghantar sejumlah wang itu tahun lalu.

Dalam surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar hari ini, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin berkata, bukti-bukti yang diperolehi Bank Negara menunjukkan Mohamad melalui syarikat pengurup wang yang lesennya telah dibatalkan baru-baru ini telah mengirim RM10 juta ke London tahun lalu.

Oleh itu katanya, Menteri Besar perlu menjelaskan sama ada transaksi seumpama itu wujud dan jika benar, dari mana sejumlah wang itu diperolehi.

"Amat besar harapan kami rakyat mendengar penjelasan Datuk Seri Utama (Mohamad) dalam balasan kepada surat ini," kata Badrul.

Pada 26 Oktober lalu Bank Negara telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998.

Syarikat-syarikat itu ialah Al Moulana Traders Sdn Bhd, M.M.J. Exchange Sdn Bhd, Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd, BTC Enterprise Sdn Bhd, De Laville Sdn Bhd, Flexi One Sdn Bhd, Gemilang Iris Sdn Bhd, Hawaii Hotel Sdn Bhd, Ideal Stamina Sdn Bhd, Intra-Artni Sdn Bhd, Kawalan Vila Sdn Bhd, Panca Suci Sdn Bhd, Pengurup Wang Tiram Sdn Bhd, Pua Say BeeTrading Sdn Bhd, Sri Panju Sdn Bhd, SS International Capital Ventures (M) Sdn Bhd, Sunrise Aim Sdn Bhd, Tanjung Intelek Sdn Bhd, THR Hotel (Penang) Sdn Bhd dan Towards Century Sdn Bhd.

Badrul juga meminta Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyiasat syarikat pengurup wang terbabit, di samping mengumumkan butian pengirim dan penerima wang berkenaan.

Badrul juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat kes berkenaan.

"Satu laporan rasmi juga akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kormesial berkenaan perkara ini," katanya.

"Dari maklumat yang saya perolehi, terdapat banyak tokoh pernigaan serta ahli-ahli politik sering mengguna langkah ini mengirim dana ke luar negara. Saya percaya dana sedemikian datang dari punca-punca yang melanggar undang-undang," katanya.

No comments:

Post a Comment