ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 November 2009

Memang puaka bini najib....Siswa UM terakhir ditahan polis kes 'puaka' bakal bermalam di 'hotel 5 bintang' polis...!!!

Seorang pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak lima bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan, berjaya ditangkap hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco perhubungan luar Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Syafie Hashim berkata , beliau cuba menelefon Muhammad Saufi untuk mengesahkan tangkapan tersebut tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam (API) itu sedang disiasat.

Sementara itu exco penerbitan PMIUM Farid Jalpah  berkata Muhammad Saufi dipindahkan ke balai polis Bukit Jalil dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Farid tiba ke IPD bersama dua pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Hafiz Ilyas dan Mohd Aizat Mohd Salleh kira-kira 2.30 petang tetapi gagal menemui Muhammad Saufi selepas dipindahkan dari balai Jalan Pantai Baru.

Kakak dan abang ipar Muhammad Saufi, yang tidak dinamakan, turut berada di IPD dan memaklumkan bahawa suspek telah dibawa ke balai polis Bukit Jalil.

Difahamkan Muhammad Saufi dihantar balai polis tersebut kerana lokap di IPD tersebut sudah penuh....dan akan bermalam di lokap hari ini sebelum polis memohon perintah reman esok.


Muhammad Saufi Jelani, yang ditahan di kampus tersebut sejurus selepas menduduki kertas akhir peperiksaan hujung semester pagi ini, perlu ditahan lanjut bagi melengkapkan siasatan polis terhadap insiden pada awal pagi 24 Jun lalu.

"Kita hendak lengkapkan siasatan. Kawan-kawannya yang lain telah pun dituduh di mahkamah. Tetapi dia tidak menyerah diri kepada polis," kata satu sumber polis.

Muhammad Saufi, seorang pelajar Akademi Pengajian Islam (API), suspek terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat.

Beliau kini disiasat di balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus berkenaan.

sumber polis itu memberitahu, Muhammad Saufi akan dibawa ke depan majistret esok bagi mendapatkan perintah reman.

Difahamkan, polis menggunakan "budi bicara" dengan tidak menahan pelajar terbabit lebih awal sebelum beliau menghabiskan kertas-kertas peperiksaan subjek pengajiannya.

"Kami sudah gunakan budi bicara. Kalau kami tangkap kelmarin, macam mana dia hendak ambil periksa hari ini?" kata seorang pegawai yang enggan dikenali.

Muhammad Saufi disiasat bawah Seksyen 427 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25 dan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan utama API.

Selain kes menceroboh dewan utama API pada Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

No comments:

Post a Comment