ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 November 2009

Hakim tarik diri, kes Anwar saman Mahathir ditunda

Mahkamah Persekutuan menangguhkan kes saman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan persekutuan sehingga Khamis ini.

Penangguhan dibuat pagi tadi ekoran keputusan salah seorang daripada tiga anggota panel hakim memutuskan untuk menarik daripada mendengar kes itu.

Hakim Datuk Hashim Yusoff secara sukarela memutuskan menarik diri selepas peguam Anwar, Karpal Singh membangkitkan kemungkinan akan ada unsur bias.

Hashim pernah duduk dalam panel yang mendengar rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan pada 2003.

Pengganti Hashim hanya akan diketahui Khamis ini.

Pada Jun 2008, Mahkamah Persekutuan memberikan lampu hijau kepada Anwar untuk mencabar kesahihan dari segi Perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet 10 tahun lalu oleh Dr Mahathir.

Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Dr Mahathir.

Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut Perlembagaan, dan sama ada Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus mengehendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya.

Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Pada Dis 23, 1998, Mahkamh Tinggi menolak saman Anwar terhadap Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkausakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri.

No comments:

Post a Comment