ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 November 2009

BTN....BARUA TOTOK NEGARA....Memang Memperbodohkan Para Peserta...

Saya menghadiri (diwajibkan) kursus BTN di Pusat Pertanian di Sungai Udang Melaka pada tahun 80an.Waktu itu usia diawal 30an. Waktu itu otak adalah otak umno.

Masih terbayang kursus itu yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang mana sebahagiannya telah berkahwin.

Tak dapat saya lupakan bagaimana para peserta masuk kedalam kawasan pertanian yang belum dibersihkan . Kami dikerah masuk kesitu sekitar pukul 2 pagi tanpa apa2 bekalan termasuk tiada lampu picit. Salah satu halangan ialah kena melintas parit yang dalamnya setinggi saya. Parit itu kering. Orang lelaki tiada masalah. Para peserta perempuan (termasuk isteri orang) terpaksa diberi bantuan oleh peserta lelaki. Jadi kenalah orang lelaki peluk pangkal peha mereka dan angkat keatas. Yang mana besar badannya kenalah kami angkat menggunakan bahu.

Disitu dapat kita lihat usaha-usaha halus untuk meliberalkan peserta dalam hal-hal agama. Bolehkah kita peluk bukan muhrim kita seperti itu ? Tapi itulah yang dilakukan. Tentunya sia-sia peserta bercengkang mata kerana mengikut ibadah qiamullail yang diadakan.

Selama seminggu peserta diwajibkan menyanyi lagu ( saya dah lupa tajuknya). Rasanya lagu itu masih dinyanyikan oleh peserta hingga sekarang. Senikata lagu itu menceritakan bagaimana tanah-tanah kita telah tergadai . Yang tinggal pada kita hanyalah kuasa. Waktu itu saya terfikir wajarkah kami yang tiada kuasa dalam urusan tanah apatah lagi meluluskannya diapi-apikan sebgitu rupa.

Siapakah yang patut menyanyikan lagu ini ? Di Johor siapakah yang menjual tanah2 kepada taukeh2 Singapura? Di Negeri Sembilan MB baru memaklum tanah2 di Nilai habis terlepas kepada taukeh2. Siapa punya kerja semua ini ? Maka tanah2 yang terlepas ketangan orang lain ini angkara siapa ? Bukankah angkara para pemimpin umno ? Malangnya kami yang tiada kaitan disuruh nyanyikan lagu ini setiap pagi.Motifnya tentu sekali ialah untuk menimbulkan rasa benci kepada cina dan menanamkan rasa cinta kepada umno.

Hari ini tentu sekali budak-budak mentah yang dikumpulkan dipusat latihan BTN mudah dipengaruhi dengan dakyah2 para petugas BTN yang mana mereka ini adalah penyokong tegar @ totok umno. Ka;lau dibangku sekolah mereka tidak mampu memberi hujah dan pandangan tentang isu2 semasa , jadi di pusat BTN tentu sekali mereka tak ubah seperti lembu dicucuk hidung. Melalui kursus BTN inilah umno berjaya menguasai sokongan golongan muda yang cetek pengalaman ini.

Kalaulah benar kursus BTN ini punya niat murni, mengapa orang cina dan india tidak dipanggil mengikuti kursus ?

Oleh: Iqbal

No comments:

Post a Comment