ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 November 2009

Saham RM8 juta: Anwar pertahan Azmin

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan Naib Presidennya, Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam pembelian saham lebih RM8 juta dengan dua individu lain yang dibangkitkan oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia SA Vigneswaran kelmarin.

Semalam, Azmin menolak pendedahan Vigneswaran kononnya mereka bertiga memperoleh saham RM8.5 juta awal 1990-an ? ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan sambil menganggapnya “sebagai tidak berasas sama sekali.”

Sebaliknya, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menegaskan, perkembangan terbaru ini menunjukkan Barisan Nasional masih meneruskan serangan yang dimulakan terhadapnya pada 1998.

Anwar menambah, siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan.

“Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah.

“Saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan,” kata beliau selepas menyampaikan ucaptama pada konvensyen PKR Selangor di sini hari ini.

Mengenai pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar berkata, ia antara lain bertujuan membantu memperkukuhkan kedudukan pakatan pembangkang di negeri itu selain mempertahankan Selangor daripada dirampas semula oleh BN.

Selain itu, fokus utamanya ialah untuk membantu Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam beberapa isu yang wajar diberi perhatian seperti soal dana pertumbuhan ekonomi, pengurusan dan pelaburan di negeri itu.

“Kita juga akan fokuskan kepada beberapa isu lain juga seperti rangsangan ekonomi, beberapa isu yang masih dirundingkan dan percepatkan proses pelaksanaan projek yang tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ketat.

“Apapun tujuan saya lebih banyak membantu kedudukan Menteri Besar untuk terus mantap,” katanya.

No comments:

Post a Comment