ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 November 2009

CHIN PENG MOHON MAAF TAPI KATA JIKA ASKAR MATI, KOMUNIS PUN MATI JUGA

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk pertama kalinya menawarkan permohonan maafnya kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang pernah mengharungi kesengsaraan akibat keganasan anggota-anggota PKM sewaktu zaman darurat dahulu.

Dalam satu temuramah dengan wartawan The Star, Eddie Chua di Bangkok baru-baru ini, Chin Peng berkata walaupun PKM berpegang kepada falsafah tidak membunuh orang awam tetapi beliau mengakui adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kesilapan mungkin berlaku di sepanjang era darurat tersebut.

“Dalam kes-kes tertentu kami mungkin telah melakukan kesilapan...tetapi itu semasa era perang. Dalam perang, susah hendak kita bezakan siapa yang bersalah dan tidak bersalah tapi jika ada di antara kami yang dengan tidak sengaja telah menyebabkan kematian orang awam, dengan itu saya ingin memohon maaf...dan saya juga minta maaf kepada seluruh ahli keluarga yang terpaksa menanggung penderitaan ini,” katanya.

Kata Chin Peng, beliau mengambil pertanggungjawaban penuh ke atas apa yang telah dilakukan oleh komrad beliau di sepanjang era darurat itu.

Bagaimanapun pada temuramah tersebut, Chin Peng memberitahu wartawan The Star, beliau tidak akan mengharapkan masyarakat dapat memaafkanya tetapi berkata apa yang beliau lebih mengharapkan ialah untuk mereka melupakan apa yang telah berlaku di zaman silam.

“Apa yang berlaku dulu adalah pada waktu perang. Jika anda kata kami membunuh orang, pihak komunis pun mati dibunuh oleh anggota keselamatan,” kata Chin Peng lagi.

Pada usia 85 tahun, Chin Peng juga menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak. Tetapi beliau juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.


Temuramah penuh dengan Chin Peng boleh diikuti di dalam The Sunday Star hari ini.



penyapu sial


UMNO-BN bila lagi nak minta maaf kepada mangsa mangsa tragedi memali tahun 1985 di baling, kedah....???..tak akan la nak jadi mcm chiin peng pulak....tak akan la bila UMNO-BN dah nak sampai jadi abu dan tinggal dalam muzium sejarah baru minta maaf dan mengaku kesilapan yang telah lalu...

ingat la...bukan sahaja tragedi memali aje....malah banyak lagi kejahatan mau pun kesilapan yang UMNO -BN lakukan terhadap orang melayu dan juga dengan bangsa bangsa yang lain di malaysia yang UMNO-BN patut minta maaf .....terutamanya mengadai maruah melayu atau negara ini....ambil contoh yang jelas....pulau singapura dan batu putih....yang di lelongkan pada pihak asing...!!!

No comments:

Post a Comment