ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 November 2009

sesia aje jadi ahli PAS....kalau otak dan hati kena barah UMNO....!!!!

Baru Sebulan Memerintah, Sudah Mahu Berbincang Dengan UMNO?

Dalam pendedahan rakaman Dialog Hasan Ali/Nasaruddin bersama Blogger yang terbaru (http://www.malaysiawaves.com/2009/11/rakaman-dialog-siri-2-perbincangan.html), Nasaruddin Mat Isa mendedahkan bahawa pada 24 April 2008, Ustaz Harun Din telah menulis sebuah kertas kerja bertajuk “Tahaluf Siyasi Pasca 2008”. Di akhir kertas kerja tersebut disebutkan beberapa pilihan. Salah satu pilihan adalah mengadakan perbincangan dengan UMNO. Kertas kerja tersebut dibentang dalam Mesyuarat Majlis Syura pada 24 April tersebut, tetapi perkataan UMNO ditukar dengan mana-mana pihak.

Ustaz Nasaruddin juga mengatakan dalam masa sebulan selepas pilihanraya umum 2008, Ustaz Harun Din telah melihat keadaan yang berlaku di Selangor dan Penang (tidak di Perak). Atas motivasi inilah kertas kerja bagi mengadakan perbincangan dengan UMNO.
Dengan kata lain, Ustaz Harun Din merasakan bahawa Islam dan Melayu dalam bahaya di negeri-negeri Pakatan sehingga membenarkan PAS mengadakan perbincangan dengan UMNO berdasarkan perkembangan hayat kerajaan Pakatan Rakyat yang baru sebulan (dalam kes Perak tidak sampai seminggu).

Apa Salah kerajaan Pakatan Rakyat pada Islam dan Melayu?

Itulah persoalan yang tidak dihuraikan oleh Dr Harun Din, mahupun Nasaruddin Mat Isa mahupun Dato Hasan Ali? Hayat sebulan kerajaan2 Pakatan Rakyat ini adalah SANGAT PENDEK bagi membuat kesimpulan Pakatan Rakyat memusuhi Islam?
Juga, apa hujjah kita mahu bercakap dengan UMNO dalam hal berkaitan Islam dan Melayu sedangkan UMNO mempunyai ‘track record” memusuhi serta menentang Islam. Bayangkan dalam bulan pertama Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan 10 lesen judi yang baru. Itulah dia contoh betapa kuatnya Islam pada UMNO itu.

Sumber Kelentong Terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Adalah Hasan Ali

Malahan, kesemua pendedahan Hasan Ali berkaitan dengan Selangor pun semuanya fitnah. Misalnya, Hasan Ali pernah melaporkan kepada AJK PAS Pusat bahawa bilangan melayu dalam PBT di Selangor berada pada tahap 30%, Juga, Hasan Ali lah yang melaporkan pada JK PAS Pusat bahawa Teresa Kok menghalang azan di Selangor.
Semua di atas adalah fitnah-fitnah yang dilaporkan oleh Hasan Ali yang mungkin menjadi asas kepada kertas kerja Dr Harun Din tersebut.

Malahan dalam isu arak sekalipun, ia hanya menunjukkan kejahilan serta kebodohan Hasan Ali dalam isu tersebut. Walaupun Enakmen Syariah Selangor mengharamkan penjualan arak kepada orang Islam, namun Enakmen tersebut tidak mengharamkan penjualan arak dalam kawasan majoriti Islam.

Juga, dalam isu SELCAT, apakah Islam yang hendak diperjuangkan Hasan Ali dengan mempertahankan pegawai2 kerajaan yang korup dan bertanggungjawab terhadap kekalahan 12 dari 20 kerusi yang PAS bertanding sebelum ini?

Sudah lebih setahun kerajaan Pakatan Rakyat berjalan, namun tiada satu bukti yang menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat anti kepada Islam dan orang Melayu.
Hujjah Dr Harun Din serta Nasaruddin Mat Isa menyokong perbincangan dalam gelap dengan UMNO ini hanyalah berdasarkan kepada fitnah-fitnah yang dilayarkan oleh Hasan Ali.

Hasan Ali diluar berkokok macam ayam jantan, tapi dalam mesyuarat exco senyap macam tikus. Dalam mesyuarat antara SELCAT bersama DO2 yang dipertahankan Hasan Ali itu pun, Hasan Ali telah membisu seribu bahasa.

SELCAT dan Hasan Ali

Lagi satu kelentong Hasan Ali ialah dia kata perkara SELCAT dibincangkan sebanyak 5 kali dalam mesyuarat exco. Persoalannya adalah mengapa hal berkaitan dengan SELCAT dibincangkan dalam mesyuarat Exco?

SELCAT adalah sebuah badan yang diluar badan eksekutif/exco. Mesyuarat exco tiada kuasa ke atas perjalanan SELCAT. Malahan, wakil SELCAT tiada dalam barisan exco? Apa sebab mahu dibincangkan berkenaan SELCAT dalam mesyuarat Exco? Orang bodoh sahaja yang cakap macam ni kerana SELCAT tiada kena mengena dengan badan eksekutif yakni MB dan Exco.

Kita pun tahu HAsan Ali tak tahu apa fungsi badan seperti SELCAT kerana beliau juga mencadangkan supaya SELCAT dianggotai oleh bekas-bekas hakim. Jadi, dia pun berani kata pasal ni sebab dia tak tahu b eza antara badan eksekutif dengan legislatif. Sebab tu dia berani buat kelentong macam ni.

Fitnah Menjadi Asas Berbincang Dengan UMNO?

Itulah nampak gayanya. Pertamanya, apa asa Dr Harun Din menyuruh berbincang dengan UMNO padahal kerajaan Pakatan Rakyat baru berumur setahun?
Hakikatnya usaha menubuhkan kerajaan UMNO-PAS telah mula sejak lama sebelum kertas kerja “Tahaluf Siyasi Pasca 2008” lagi seperti yang didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang semasa Muktamar lepas

Maka, setelah kegagalan usaha mereka menubuhkan Kerajaan Ca mpuran PAS-UMNO di Perak dan Selangor, maka kertas kerja seperti ini dihasilkan oleh Harun Din.

Dan benar, mengikut maklumat yang saya dapati, sememangnya Harun Din yang menelefon Ustaz Ahmad Awang untuk mengkaji semula keputusan menubuhkan kerajaan dengan PKR dan DAP.

Yang lebih lucu, Ustaz Nasa mengatakan kertas kerja Dr Harun Din dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak, sedangkan sehingga hari ini tiada satu bukti bertulis pun wujudnya mesyuarat pada 24 April 2008? Sehingga kini, minit mesyuarat tersebut TIDAK PERNAH DIBENTANGKAN hatta kepada Mursyidul Am sendiri.
Itulah dia sejarah bermulanya perpecahan dalam PAS. Apabila ada sekumpulan kepimpinan yang sudah kemaruk mahu duduk sekelambu dengan UMNO dan mengada2kan berbagai alasan untuk berbuat demikian.

Tulang Besi

No comments:

Post a Comment