ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 November 2009

Perbincangan dalam kelambu Dengan UMNO Adalah Lantaran kununnya Islam Dalam Bahaya Di Bawah Pakatan Rakyat

Rakaman Dialog Siri 2: Perbincangan Dengan UMNO Adalah Lantaran Islam Dalam Bahaya Di Bawah Pakatan Rakyat

Klip ini memberikan kita gambaran bibit2 perpecahan berlaku dalam PAS. Bagaimana hanya dalam satu bulan sahaja pemerintahan Pakatan Rakyat, mereka sudah mulai mengadakan kertas kerja untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO? Begitu anti Islam sangatkah Pakatan Rakyat sampai baru sebulan beroperasi, sudah teruk anti Islamnya?

Heran juga saya, kerana kalau benar tiada usaha menubuhkan sebuah kerajaan dengan UMNO tetapi mengikut pengakuan Ustaz Ahmad Awang:


"“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”


Ertinya, usaha yang dikatakan mahu "berbincang dengan UMNO ini" adalah lanjutan dari usaha mereka2 ini mahu menubuhkan kerajaan dengan UMNO sebelum ini.

Pokoknya pergerakan kepada UMNO telah bermula sejak dari mula lagi. Dan tiada salahnya mereka-mereka yang mahu menentang usaha ini dalam PAS yang dipanggil "kumpulan erdogan".

Point terakhir dalam isu ini, mengapa tidak idea ini dibicangkan di peringkat Dewan Harian PAS Pusat? Mengapa dibawa ke Syura, tanpa merujuk kepada Pengerusi Majlis Syura serta terus dilaksanakan "keputusan itu".

Malahan kita pun tidak tahu apa keputusan sebenarnya kerana minit mesyuarat Syura tersebut tidak pernah dibentang kepada AJK PAS Pusat atau Dewan Harian hatta pada Mursyidul Am sendiri.

Soalnya lagi, BENARKAH ISLAM DALAM BAHAYA DI BAWAH PAKATAN RAKYAT? Kenapa hanya Selangor sahaja yang komplen? Kenapa tidak Perak? Kenapa tidak Penang?

Kenapa sepanjang hayat kerajaan PR Perak yang pendek itu, tiada kedengaran apa-apa permasalahaan dari segi Islam dan perjalanan Islam di sana?

Kalau ada pun komplen dari PAS Pulau Pinang, hanyalah mereka merasa mereka dipinggirkan, namun kita tak dengar komplen bahawa Islam ditindas di sana.

Nantilah kita akan hurai lagi pendedahan-pendedahan ini, inshaalah.

Untuk "download", sila klik di sini.




Tulang Besi

No comments:

Post a Comment