ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

21 November 2009

Umno Marah Guan Eng Lantik Melayu Jadi Boss MPPP?

        

Pada akhir tahun lepas, sekonyong-konyong politik Selangor digegarkan oleh isu perlantikan wanita Cina sebagai Pengurus Besar sementara PKNS. Yang menjadi isu besar bagi Umno Selangor dan NGO-NGO yang sewaktu dengannya ialah Pengurus Besar sebelum itu ialah orang Melayu (termasuk Jawa), tetapi mengapa Pengurus Besar Melayu digantikan oleh Pengurus Besar Cina (walaupun cuma Pengurus Besar sementara)? Lalu Menteri Besar Tan Sri Khalid sebagai seorang Melayu dituduh sebagai pengkhianat Melayu oleh Umno dan NGO-NGO sewaktu dengannya kerana melantik seorang Cina sebagai Pengurus Besar, sedangkan Pengurus Besar sebelum ini adalah Melayu dan secara tradisinya ia milik Melayu. Pas Selangor juga menyatakan tidak bersetuju dengan perlantikan wanita Cina yang bernama Low Siew Moi itu sebagai Pengurus Besar PKNS.

Dan kelmarin senario yang hampir sama berlaku di Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang kelmarin telah melantik Patahiyah Ismail, seorang wanita Melayu, sebagai Yang Dipertua baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Perlantikan Patahiyah telah mencatatkan satu sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang menerajui sebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi ia berita penting bukan sahaja untuk orang Melayu negeri itu, tapi juga wanita negara ini. Patahiyah akan mengantikan Yang Dipertua MPPP sekarang, Tan Cheng Chui, 54, yang memutuskan untuk bersara awal atas sebab-sebab kesihatan.

Yang menariknya di sini ialah jika di Selangor, Menteri Besar seorang Melayu tergamak melantik seorang wanita Cina memegang jawatan Pengurus Besar PKNS yang secara tradisinya adalah jawatan untuk Melayu, di Pulau Pinang pula Ketua Menteri seorang Cina tergamak melantik seorang wanita Melayu memegang jawatan Yang Dipertua MPPP yang secara tradisinya adalah jawatan untuk Cina (walaupun tidak semestinya begitu).


Saya sekarang sedang tertunggu-tunggu reaksi Umno Pulau Pinang sama ada ianya sama ketika isu perlantikan Pengurus Besar PKNS dahulu. Di Selangor dahulu, mungkin kerana desakan banyak pihak, terutama Umno,akhirnya Menteri Besar bersetuju melantik seorang Melayu sebagai Pengurus Besarnya bagi menggantikan Low Siew Moi. Saya hendak lihat sama ada Umno memegang prinsip yang sama bahawa bagi sesuatu jawatan penting di peringkat negeri, ia harus mengikut tradisi bahawa ia perlu dipegang oleh satu kaum tertentu. Jika bagi PKNS jawatan Pengurus Besar secara tradisi dipegang oleh Melayu, maka Melayulah juga yang harus memegang jawatan itu sampai bila-bila (walaupun untuk jawatan Pengurus Besar sementara, seperti kes Low). Jika precedent ini diterima pakai oleh Umno, maka dalam kes Yang Dipertua MPPP, ia juga harus dipegang oleh seorang Cina. Dan ia diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa 14 daripada 24 Ahli Majlis MPPP sekarang adalah mereka dari kalangan bukan Melayu. Ahli Majlis MPPP dari kalangan Melayu pula cuma 10 orang (itu pun termasuk keturunan India Muslim yang mengaku sebagai Melayu). Lagi pun, majoriti penduduk di bawah kelolaan MPPP ialah orang Cina, maka tentu jawatan itu bagi Umno yang menjunjung prinsip 1Malaysia itu, wajar juga dipegang oleh seorang Cina.



Di Selangor dulu, Umno bukan main berang apabila Menteri Bear melantik seorang Cina sebagai Pengurus Besar sementara PKNS kerana ia tidak mengikut tradisi. Apakah Umno Pulau Pinang juga akan berang kerana Guan Eng melantik seorang Melayu untuk jawatan Yang Dipertua MPPP kerana ia juga tidak mengikut tradisi? Adakah Umno Pulau Pinang lepas ini akan mengadakan bantahan besar-besaran mendesak orang Cina menerajui MPPP dan menggerakkan NGO-NGO Melayu membuat kacau seperti di Selangor dulu?


Dan reaksi DAP? Dalam hati saya tidak yakin DAP akan menentang perlantikan Patahiyah sebagai Yang Dipertua MPPP hanya semata-mata kerana dia Melayu. Ini kerana saya yakin DAP lebih cerdik dalam permainan politik berbanding Umno!


Umno Pulau Pinang, apa lagi, pergilah berhimpun di depan Komtar atau di Padang Esplanade untuk mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melantik seorang Cina sebagai Yang Dipertua MPPP! Jika Umno berani bertindak begitu, pasti parti itu akan dipuji sebagai parti yang memahami slogan 1Malaysia tajaan presiden terhormat mereka yang bernama Najib Tun Razak itu. Umno sepatutnya berani membuat desakan itu, kerana bukankah parti itu telah diminta oleh presiden parti untuk menjaga kepentingan orang Cina kerana kegagalan MCA melakukannya?


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment