ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 November 2009

UMNO Kedah cakap terbalik,berbelit atau memang pembohong besar...!!!!

UMNO Kedah nafi berpuak-puak

UMNO Kedah hari ini menolak andaian bahawa wujud kumpulan atau puak tertentu dalam parti berkenaan sehingga menyebabkan parti itu di negeri itu berpecah belah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, semua pemimpin serta ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat bahagian termasuk pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri sentiasa memberi sokongan kepada pucuk pimpinan parti termasuk Pengerusi badan itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

"Kalau ada cakap-cakap mengenai wujudnya puak-puak dalam UMNO Kedah, itu semua tidak benar kerana ia cuma persepsi orang yang mungkin tidak berada di dalam parti," kata beliau kepada pemberita di luar pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan dalam kolum Cuit kelolaan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Zaini Hassan semalam bertajuk 'Tun Dr. Mahathir perlu terajui UMNO Kedah?' yang antara lain menyentuh tentang 'warloads' yang terdapat dalam UMNO negeri.

Selain itu, kolum berkenaan turut menyentuh tentang orang yang mewujudkan kem-kem dalam UMNO Kedah nampaknya tidak mahu melihat Kedah diambil balik oleh BN, jika tidak sudah tentu hanya ada satu kem iaitu kem Shafie.

Berikutan itu, kesemua 13 wakil rakyat BN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan Gerakan berhimpun di luar DUN Kedah hari ini bagi menunjukkan tidak wujud perpecahan dalam UMNO dan BN serta bagi membuktikan sokongan padu kepada Shafie.

Turut menyatakan sokongan ialah satu-satunya wakil Bebas yang menyokong BN, Radzhi Salleh iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas.

Ahmad Bashah mengakui terdapat perbezaan pandangan atau pendapat di kalangan pemimpin UMNO khususnya dalam mesyuarat badan itu yang dihadiri oleh kesemua 15 ketua bahagian.

"Biasalah perbezaan pendapat sentiasa berlaku dalam mesyuarat, tetapi apabila keputusan sudah dicapai ia dipersetujui secara kolektif.

"Dari segi kehadiran dalam mesyuarat perhubungan juga kita dapati tidak ada masalah, semua hadir, kalau tidak hadir pun cuma dua atau tiga orang yang itupun selepas memberikan alasan seperti mempunyai urusan di luar negara dan sebagainya," tambah beliau.

Dalam pada itu kata Ahmad Bashah, UMNO Kedah telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Kecil DUN Kota Siputeh jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi DUN berkenaan kosong, tidak berpihak kepada UMNO.

"Kita telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya di kawasan berkenaan diadakan, cuma kita menunggu proses rayuan," kata beliau.

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong oleh mahkamah berkenaan pada 17 November lalu ekoran penyandangnya dari BN, Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut.

Ditanya sama ada senarai calon sudah dibuat, Ahmad Bashah berkata, perkara tersebut masih awal dan segala keputusan bergantung kepada pucuk pimpinan parti.


kedah lanie

No comments:

Post a Comment