ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

Showing posts with label samseng UMNO. Show all posts
Showing posts with label samseng UMNO. Show all posts

08 April 2010

AWAS ....SAMSENG PASIR SALAK....KAKI PUKUL MAA.....

Kula dakwa MP Pasir Salak ancam pukul
















Datuk Tajuddin Abdul Rahman...wah....ada tokoh ketua samseng....patut la...pasir salak ramai samseng...rupanya ada ketuanya....!!!!


Anggota Parlimen Ipoh Barat daripada DAP, M. Kulasegaran, hari ini mendakwa kononnya wakil rakyat Pasir Salak daripada Barisan Nasional, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen.

Beliau membuat usul kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya satu siasatan dijalankan berhubung ancaman itu.

“Lima belas minit lepas, semasa saya di luar dewan, tiba-tiba Pasir Salak datang mengancam saya dan nak pukul saya dan mengatakan bahawa saya telah cemar nama baik dia.

“Dia beri amaran kepada saya jika saya tidak berhenti, dia akan hantar orang ke kawasan saya pukul saya,” katanya sebaik dewan selesai membincangkan isu mengenai insiden kekecohan semalam membabitkan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Kulasegaran mahu supaya tindakan susulan diambil kerana Tajuddin pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau di Dewan Rakyat pada tahun lepas.

Ketika diminta mengulas, Tajuddin mempertikaikan tindakan Kulasegaran menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.

“Buat apa saya nak ugut dia? Saya sekadar marah beliau kerana membuat kenyataan tak bertanggungjawab. Saya dapat maklumat, dia gunakan blog buat tuduhan yang bukan-bukan terhadap saya.

“Saya sudah senyap selama ini dengan semua kenyataan bodoh yang dibuatnya di blog. Tadi, semasa saya jumpa beliau, saya kata...hentikan perbuatan sia-sia ini,” katanya. — Bernama

29 August 2009

SPRM dan Polis Kaki Pukul? Biasalah...

Peguam bakal dedah bukti SPRM dera saksi. Apa nak hairan?




Sudah menjadi resam setiap kali muncul kes yang melibatkan mereka yang berkuasa tidak kira sama ada kes besar atau kecil, kes rasuah, kes yang melibatkan kematian, kes pencurian pasti akan perlahan-lahan lenyap seolah kejadian tersebut tidak pernah berlaku.

Beratus kematian dicatatkan dibawah tahanan polis dan baru baru ini kita dikejutkan kematian Kugen dan juga juga kematian Teoh dibawah tahanan SPRM.

Method yang didakwa digunapakai oleh SPRM bagi mengambil keterangan kes dikatakan keras dan dakwaan sehingga ada yang menggunakkan besi untuk memukul.




Tetapi adakah ini suatu perkara yang pelik bagi anda? Persoalannya adakah cuma pihak SPRM sahaja yang menggunakan method yang sedemikian dalam mendapatkan keterangan saksi?

Apa yang akan saya catatkan merupakan senario dan proses yang saya fikir biasa yang perlu dilalui oleh orang yang ditangkap atau didakwa yang berada didalam tahanan Polis mahupun Penjara. Layanan yang mereka bakal terima berbeza-beza bergantung kepada kes dan juga sokongan kewangan yang mereka perolehi dari pihak keluarga.

Misalnya seseorang yang ditahan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri akan dibawa kebalai bersama barang bukti, kemudian akan diletakkan didalam lokap sehingga keesokkan hari. Bagi mereka yang mempunyai duit dapatlah menikmati makanan luar yang lazat dan rokok yang berharga RM50 sekotak. Bagi mereka yang ditangkap kes dadah pula, jika mempunyai wang, mereka dapat menukar keputusan air kencing dengan mudah. Bagi mereka yang tiada wang, terpaksa bermalam di Hotel California atau lebih dikenali sebagai lokap. Pada keesokkan hari mereka akan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Setelah itu mereka akan pulang semula ke lokap.

Hari ketiga biasanya mereka akan dibawa keluar untuk diambil keterangan oleh IO (Investigating Officer) Ketika waktu inilah mereka yang ditangkap akan merasai melalui seolah berada di neraka dunia.

Adakah saya keterlaluan? anda nilai sendiri.

Jika anda pergi kemana-mana Balai Polis terutamanya Ibu Pejabat Polis, jika anda pergi ke bilik tempat mengambil keterangan pasti akan akan temui suatu rak atau almari khas tempat tersimpan segala peralatan yang sangat membantu mereka dalam mendapatkan keterangan daripada orang yang didakwa. Tak percaya? kalau anda punya keberanian pergilah periksa.


Sepatutnya wartawan Al-Islam yang menceroboh gereja itu mengunakkan keberanian dia untuk masuk ke setiap balai untuk memeriksa kesahihan laporan dan penulisan ini.

Peralatan dan method yang biasanya digunakan bergantung kepada kretiviti IO kes masing-masing. Mereka yang ditahan kes curi terutamanya terpaksa mengakui beberapa kes lain walaupun kes tersebut bukan dilakukan oleh mereka. Disebabkan diasak dan tidak tahan dipukul dan diseksa, akhirnya mereka terpaksa mengakui kesalahan orang lain. Yang menyedihkan mereka terpaksa menjalani hukuman bukan diatas kesalahan mereka. Tidak hairanlah dikatakan Polis Malaysia diantara Polis yang terbaik didunia dalam menyelesaikan sebarang kes.

Tiub getah untuk dilibas dibawah tapak kaki dan bahagian belakang badan dengan perlahan tetapi tanpa henti untuk mengelakkan kesan ketara tetapi menghasilkan impak yang menyakitkan. Lilin untuk dititik ditempat-tempat yang sensitif termasuk kemaluan, besi dan kayu digunakan untuk memukul perut sehingga senak (tetapi cara ini tidak berapa glamour dan menyeronokkan), rotan pelbagai saiz dan kadang-kadang rotan kerusi lama juga digunakan dan macam-macam lagi.

Walaubagaimanpun saya mengambil keputusan untuk memecahkan penulisan ini kepada beberapa bahagian memandangkan ia melibatkan proses yang panjang sehingga pesalah tersebut dibebaskan dari penjara.


http://www.youtube.com/watch?v=jYbaveZ0NYY&eurl=http%3A%2F%2Fdemokrazi.blogspot.com%2F&feature=player_embedded

Hafiz Ismail

23 August 2009

SPR berniaga monyet...Ubah tiang gol lagi ikut selera kroni...!!!

Kota Siputeh : SPR Ubah Tiang Gol Lagi





Sebut pasal kekosongan sesuatu kerusi DUN atau Parlimen, sekarang ini timbul berbagai persoalan yang agak mengelirukan rakyat. Dari dulu hinggalah kepada PRK 12 lalu, kita tidak mnghadapi banyak masalah kalau sebut pasal kekosongan kerusi didalam sesuatu DUN kerana amalan yang berlaku selama ini adalah speaker mngisytiharkan kerusi sesuatu DUN atau Parlimen kosong, maka SPR mengumumkan suatu PRK akan diadakan, termasuklah tarik mnamaan calon dan tarik mengundi dalam masa tidak lebih 60 hari dari kekosongan.

Tetapi mutakhir ini sejak selepas PRU 12 dan sejak krisis yang berlaku di Perak dimana speaker mengisytiharkan 3 kerusi DUN di Perak kosong kerana ADUN melompat parti dan telah menandatangani surat pelepasan jawatan ADUN , tetapi tidak diterima oleh SPR.

Kalau dulu SPR hanya tentukan tarikh PRK dan tarikh mengundi, tetapi selepas peristiwa di Perak, ketentuan kosong atau tidak kerusi ADUN itu tidak ditentukan oleh speaker lagi, tetapi oleh SPR.

Rakyat sudah mula pening, sebab siapa sebenarnya yang mengawal SPR sekarang, kalaulah benar analogi yang dibuat oleh banyak pihak bahawa SPR sudah lama menjadi komponen BN yang ke 16, tak tahulah ana , mungkin SPR boleh buktikan sebaliknya.

Sekarang ini timbul pula satu lagi kekeliruan didalam menentukan kosong atau tidak kerusi ADUN ,kalau di Perak SPR kata mereka saja yang boleh tentukan kekosongan sesebuah kerusi ADUN, apabila peritiwa di Kota Siputeh di Kedah, maka sekali lagi rakyat pening bila SPR kata mereka tidak boleh buat keputusan dan terserah kepada AG untuk menetukan kekosongan tersebut, walaupun didalam peraturan mesyuarat DUN Kedah jelas menyatakan jika sekira seseorang ADUN tidak hadir sidang 2 kali berturut-turut tanpa memberitahu speaker, ia 'mandatory' hendaklah mengosongkan kerusi tersebut.

Ana rasa seandainya ianya berlaku kepada ADUN Pakatan Rakyat kes macam ini, sudah tentu sebelum speaker beritahu SPR pun, awal-awal lagi mereka sudah isytiharkan kerusi tu kosong dan perlu dibuat PRK semula.

Sebagai orang baru dalam politik tanahair, ana memang cukup keliru dengan sikap SPR ini, sekali kata speaker yang menetukan kekosongan ,mereka hanya jalankan pilihanraya, lepas itu bila yang terkena BN, maka mereka kata speaker tiada kuasa dan hanya SPR yang berhak tentukan kekosongan, tetapi kini bila berlaku lagi dan terkena kepada BN sekali lagi, mereka membuat dalih pula mereka tak berhak tentukan, hanya AG saja yang berhak tentukan kosong ke tidak.

Maknanya kalau terkena mata, dipejamkan, kalau terkena perut dikempiskan dan kalau nampak bola nak masuk gol, tiang gol diubah dan dipinda. Lepas ni apalagi alasan yang hendak dibawa kita pun tak tahu.

oleh Dr M. Hayati Othman (MP Pendang)