ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 August 2009

Calon BN

Kalau anak-anak kita berniat atau bercita-cita mahu menjadi peguam, maka syarat kelayakan perlu diberitahu kepada mereka terlebih dahulu. Selain dari mendapat ijazah undang-undang, mereka mestilah mempunyai rekod yang menunjukkan mereka adalah “a fit and proper person”. Peguam mestilah seseorang yang tidak melakukan perkara jenayah, tidak muflis dan tidak menipu. Malah dia tidak boleh melakukan apa-apa saja perbuatan yang boleh dianggap cemar atau menunjukkan buruk pekerti. Oleh kerana kerjanya melibatkan orang ramai, maka kepercayaan orang ramai kepadanya mestilah kukuh dan tidak terjejas. Dia tidak boleh pecah amanah. Itulah syarat-syarat asas nak jadi peguam .

Lainlah kalau anak-anak kita bercita-cita nak jadi wakil rakyat Barisan Nasional. Untuk mencapai cita-cita itu, dia tidak memerlukan rekod yang baik atau bersih dalam hal urusannya dengan orang ramai. Lihat sahajalah calon BN untuk pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, iaitu Rohaizat Othman, yang telah digugurkan dari menjadi peguambela dan peguamcara oleh Majlis Peguam kerana syarikat guamannya menggunakan wang kliennya , sabuah koperasi,kira-kira RM160,000. Peguam tidak boleh menggunakan wang pelanggan mereka selain dari tujuan asal wang itu diberi kepada peguam tersebut untuk disimpan.

Orang kuat UMNO Zahid Hamidi, yang kini menjadi Pengerusi UMNO Pulau Pinang, dan Ketuan Penerangan nya menganggap Rohaizat sebagai ‘hero”telah mempertahankan Rohaizat sebagai pilihan terbaiknya. Tak mahu ketinggalan , Muhyiddin Yassin turut menyokong Zahid. Apa lagi mereka nak buat, dah tak ada calon lain. Lalu mereka berkata kesalahan calon itu sebenarnya isu persepsi semata-mata. Mereka tuduh bekas rakan kongsi Rohaizat bernama Yusri yang bersalah. Tak pasal-pasal orang lain kena.

Majlis Peguam pecat Rohaizat lama sabelum hari penamaan calon. Majlis Peguam tidak tahu BN akan pilih Rohaizat. Mereka membuat keputusan berdasarkan penyiasatan rapi. Mahkamah Tinggi pula telah pun mendengar rayuan Rohaizat dan menolaknya; ia mengekalkan keputusan Majlis Peguam yang telah menggugurkannya sebagai seorang peguam. Jadi bila para pemimpin UMNO kata itu soal persepsi, mereka jelas tidak mengerti makna perspesi. Mereka cuba menutup hakikat sabenar. Apakah mereka ingat rakyat Malaysia masih jahil? Malah bila rakyat berkata UMNO sekarang terlalu perkauman, penuh dengan rasuah dan gila kuasa, para pemimpinnya pun kata itu persepsi. Tetapi kita tahu ini semua bukan persepsi. Ini semua ada bukti dan asasnya. Perkataan persepsi itu tidak boleh digunakan bila ada asas kukoh. Persepsi ertinya tanggapan yang tidak ada asas.
.

Begitulah UMNO. Kepada mereka, orang yang tak layak jadi peguam, masih layak untuk menjadi wakil rakyat. Nampaknya soal amanah dan akauntabiliti kepada rakyat sudah tidak penting lagi buat UMNO. Itulah nilai politik parti keramat ini. TPM Muhyiddin Yassin , yang mulakan kempen tuduh Anwar Ibrahim pengkhianat, sekarang pula membelasah Majlis Peguam, kononnya badan itu ada agenda sendiri untuk membantu pihak pembangkang. Sedangkan Majlis Peguam hanya menjelaskan keputusan yang diambil oleh mereka mengikut lunas undang-undang. Mahkamah Tinggi pun sudah setuju dengan Majlis Peguam. Agak nya dalam pemikiran Muhyiddin, Mahkamah Tinggi juga ada agenda lain. Bagitulah UMNO, selagi kita tak setuju dengannya, semua pihak dianggap ada muslihat menentangnya. UMNO kini hidup dalam ketakutan.. Semoga orang Permatang Pasir sudah bersedia untuk memberi pengajaran kepada UMNO..

zaid ibrahim


penyapu sial


Saya tidak fikir UMNO pernah berasa takut, "dulu, kini dan selamanya"! Mereka merompak dan menyangak, tidak takut langsung pada Tuhan. Kalau dengan Tuhan sekalipun mereka tidak takut, apatah lagi dengan rakyaat dan manusia seperti kita!

Tapi saya ada diberitahu hanya satu manusia yang UMNO takut. Ia itu Lee Kuan Yew, matan PM Singapura. Bila Lee Kuan Yew sebut Singapura sanggup berperang kerana air. . ., terus mengelatar lutut dan termasuk telur-telur pemimpin UMNO!

BE natang ini tidak pernah memikirkan nyawa rakyat yang sengsara dikongkong oleh kezaliman umno ........
dia itu tidak tahu apa itu politik untuk kebanggaan bangsa dan negara sebab kandang umno cuma berpolitik untuk wang supaya golongan elit tetap akan hidup mewah dan semakin malas ..... lalu kuasa genggaman kenegaraan dikawal oleh kandang umno ....

singapura merupakan tulang belakang ataupun penjamin kepada banyak pelaburan antarabangsa yang berstatus di bumi Malaysia ....
disebabkan oleh sikap malas golongan elit dan kebodohan umno , mereka terpaksa memberi kelebihan kepada singapura dalam sebarang tuntutan yang membawa faedah yang memihak kepadanya ...bererti umno sudah lama mengkhianati kepercayaan bangsa melayu ...... umno telah memutarbelitkan kebenaran dan mengeelapkan wang rakyat yang berbillion sehingga bangsa melayu sendiri tidak terasa ....

umno juga memilih slogan ketuanan melayu dengan kerjasama anjing jalanan mereka untuk menyalakan api kemarahan bangsa melayu terhadap rakyat MALAYSIAKU yang lain dan berteriak kosong ... ini merupakan perisai kekebalan umno yang paling sesuai dan murah ...
MURAH .. itulah tanggapan unmo terhadap bangsa melayu.. bangsa yang lemah ..
mengapa bangsa melayu sendiri lebih suka hidup tanpa bertulang belakang dan membenarkan kezaliman umno bermaharajalela hingga di luar kawalan keimanan Islam ...

apakah bangsa melayu sendiri yakin akan bangsa melayu sendiri adalah bangsa yang lemah ????
ke mana perginya masa depan generasi muda bangsa ini nanti ?
apakah untuk hidup bernafkah , mereka harus menjadi anjing jalanan umno sahaja ?
apakah ketulinan kesucian Islam masih boleh memberi harapan untuk bangsa melayu kembali ke pangkuan kebenaran dan bermartabat mulia ?

No comments:

Post a Comment