ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 August 2009

kempen kotor Barisan Najis memburukkan DSAI...Buku dedah 'dua wajah Anwar' di edarkan berleluasa






Sebuah buku yang cuba mendedahkan 'dua wajah' Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui di kawasan pilihanraya kecil DUN Permatang Pauh hari semalam.

Buku tersebut menonjolkan petikan-petikan ucapan Anwar yang mengecam PAS dan DAP - dua anggota Pakatan Rakyat - sewaktu beliau bersama Umno dahulu.

Ia mengandungi petikan ucapan Anwar pada 1986, 1987 dan 1995 yang meminta rakyat menolak PAS dan DAP bagi memastikan kemakmuran di negara ini berterusan.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan Umno pada 1998 atas dakwaan salahlaku seks dan kemudiannya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat. Mahkamah Persekutuan kemudian membebaskan beliau daripada tuduhan dan sabitan kes tersebut.

Buku tersebut ditemui wartawan Malaysiakini berselerak di tepi jalan kira-kira dua kilomter dari Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Jalan itu menghala ke Kubang Semang.

Longgokan kira-kira 15 nashkah buku setebal 32 muka surat itu dan bersaiz B5, ditemui dalam keadaan lembab itu, berhampiran sebuah kilang padi lama di situ.

Buku itu bertajuk 'Siapakah Sebenarnya Anwar? Wirakah.... atau petualang bangsa & negara'. Bagaimanapun tidak tertera nama penerbit dan pencetaknya.

Parakata dalam buku tersebut ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Pena MAS.

Kandungan buku itu membariskan sebelas bab. Bab pertama bertajuk Penderhakaan 1 memaparkan gambar angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Manakala di bawah bab bertajuk 'Lidah bercabang', ia memuatkan petikan ucapan Anwar pada 21 April 1995 di majlis pemimpin bersama rakyat di Gombak, yang menyebut bahawa kerjasama PAS dan DAP jelas mengkhianat perjuangan orang Melayu dan mencetuskan isu kaum.

Turut dimuatkan ialah petikan Anwar ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Parit, Perak pada 22 Mac 1987; majlis ceramah di Masjid Lama Kampung Seberang Marang, Terengganu (14 Mac 1986) dan petikan ucapannya di Padang Bandaran Teluk Intan pada 24 Mac 1995.

Dalam bab yang sama turut dimuatkan gambar Anwar bersama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang - dengan keterangan gambar itu menyebut 'Anwar sekarang'

Dalam bab bertajuk 'Bolehkah pakatan rakyat mentadbir negara?' buku itu memuatkan petikan Guan Eng dalam ucapatama di kongres 2008 DAP pada 23 Ogos 2008 yang menolak sebarang usaha menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

No comments:

Post a Comment