ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 August 2009

kenapa kartun bahaya kepada najib altantuya


Apabila segerombolan pegawai dari KDN "memecah masuk"pejabat majalah Gedung Kartun yang diterajui oleh bekas kartunis dari majalah gila gila yang juga kartunis politik terkenal tanah air Zulkiflee Anwar Haque atau lebih popular dengan nama pena Zunar..maka di khabarkan beberapa ratus nashkah majalah ini dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.

menurut Zunar,pihaknya telah mendapat kelulusan lisan dari KDN untuk menerbitkan majalah tersebut, yang jelas dikatakan sebagai rampasan bermotif politik.

Apa bahayanya Zunar dan kartun-kartunnya?

Saya tercari-cari juga kenapa dan apabahayanya kartun. Menurut sejarah, pengharaman terhadap penerbitan majalah atau bahan berbentuk karikatur yang menghentam ahli politik telah dilakukan kerajaan Perancis semenjak tahun 1814 lagi. Sebuah jurnal yang bertajuk La Rradiot telah diharamkan kerajaan Perancis pada ketika itu.(Robert Justin Goldstei-Censorship of political caricature in nineteenth-century France).

Walau pun di sekat dan dilabelkan sebagai penjenayah, jumlah kartunis terus bertambah melebihi 380 orang di Perancis pada zaman itu. Pelukis karikatur terus berkembang dan telah banyak menyumbang kearah pembangunan kebebasan suara di Perancis.

Pelukis karikatur Perancis, Honorĕ Daumeir telah dipenjarakan kerana kartunnya yang menyerang King Louis Philippe ketika itu. Fobia terhadap imej karikatur berlarutan sepanjang zaman di mana dua kartunis telah dihukum bersalah kerana menyerang dan menghina Presiden de Gaulle pada tahun 1959.

Walaupun kartunis dianggap sebagai penjenayah oleh kerajaan, pelukis karikatur tetap dijulang dan dikenang sebagai pejuang sebaris dengan pejuang kebebasan dan keadilan yang lain oleh rakyat di Perancis dan serata dunia.

Kenapa Karikatur amat digeruni ahli politik?

Robert Justin Goldstein, seorang ahli politik berbangsa Perancis pada tahun 1830 telah menyifatkan Karikatur atau kartun sebagai satu medium yang memiliki nilai bahasa yang tulus, menpunyai impak komunikasi yang paling berbisa serta luarbiasa dan paling digeruni oleh ahli politik

Chalse Duchatel merupakan seorang menteri perundangan dalam era pemerintahan King Louis Philippe beranggapan bahawa karikatur memberikan kesan “produce the most deadly effect”. Menurut beliau lagi, tidak ada apa yang lebih membahayakan selain daripada karikatur. Stroke dan lakaran pada karikatur menimbulkan mood dan kesan komunikasi kepada pembaca dengan lebih berkesan dan berbahaya berbanding tulisan biasa.

Karikatur dikatakan mempunyai nilai komunikasi yang mampu terpahat dan menusuk ke sanubari seseoang anggap dan kesannya kekal berpanjangan dan lengkap dengan emosinya.

Ilustrasi karikatur juga dianggap sebagai satu gaya bahasa yang mampu berinteraksi secara langsung kepada emosi san sesibiliti manusia. Kerana itu kesannya amat mendalam.

Sistem Monarki Perancis berjaya ditumbangkan oleh kebangkaitan generasi muda yang berani menentang arus dan tidak disangkal Karikatur berperanan sama dalam membantu menjayakan usaha itu.

Setelah melihat fakta-fakta ini, tidak hairanlah kenapa Majalah Gedung serta kartun lakaran Zunar amat digeruni oleh Najib mahu pun Rosmah. Permit lulus penerbitan tidak penting lagi tetapi yang penting ialah sejarah telah membuktikan bahawa karikatur mampu dan berkesan menumbangkan seseorang dan Najib tidak mahu sejarah itu berulang terhadapnya.

[ sumber...sinar hairan]

No comments:

Post a Comment