ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 August 2009

penghianat melayu 1 malaysia.....Johor Terpaksa Bayar Gantirugi Kerana Muhyiddin



Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak “yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin”

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.

Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan “begitu pantas”, dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah “meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta”.

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi “begitu tamak”.

Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh “mendatanganinya bila-bila masa”.

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa “masa semakin singkat”.

Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.

Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.

Dalam kempen pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menuduh Muhyiddin mengkhianati hak orang Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor dan mengetuai Umno negeri itu.

“Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual tanah rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura?” beliau mempersoalkan.

Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah, tidak.

“Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan DUN Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota DUN Johor dari Umno tidak boleh jawab,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Baru-baru ini Muhyiddin dilaporkan kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi Menteri Besar Johor.

Katanya fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata,” kata beliau pada ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. -Abu Bakar Mohd Rashid

No comments:

Post a Comment