ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 August 2009

tiada ADUN jadi katak di Selangor


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan dakwaan bahawa lapan Ahli Dewan Negeri (ADUN) termasuk lima Exco Kerajaan Negeri daripada parti Pas dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR), keluar daripada parti sebagai satu dakwaan yang tidak berasas.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, hampir tidak ada kemungkinan, sama ada ahli Exco Pas atau ADUN-ADUN Pas, yang akan meninggalkan Pas untuk bertindak sebagai ADUN Bebas atau memasuki mana-mana parti lain.

“Kita tidak pernah membincangkan perkara ini, sama ada dalam mesyuarat Exco mahupun dengan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sendiri.

“Bahkan, dalam :kala�ngan ahli exco, Menteri Besar MB, dan saya sendiri juga tidak mengambil apa-apa sikap berhubung perkara ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Menurut Dr Hasan, perkara itu hanya diada-adakan oleh pihak yang ingin melihat perpecahan berlaku dalam PR.

Mengenai 100 ahli PKR Bukit Antarabangsa yang kembali ke pangkuan UMNO, seperti yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini, Dr Hasan berkata:

“Saya nak senarai nama, nombor kad pengenalan, alamat, tarikh masuk dan keluar parti serta pengakuan bahawa dia keluar daripada parti.

“Mana-mana parti boleh mengatakan bahawa 500 ahli keluar parti dan mendakwa menerima 100 ahli baru. Itu biasa tetapi saya yakin tidak ada dalam kalangan ahli Pas di negeri ini yang keluar parti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali juga menafikan akan berlakunya penghijrahaan beramai-ramai wakil rakyat keluar dari PR.

“Sebelum ini saya dengar 12 ADUN yang akan keluar, lapan daripadanya adalah daripada Pas. Sekiranya lapan ADUN Pas keluar ini bermakna habislah Pas di negeri Selangor,” katanya.

Dr Halimah berkata, beliau sendiri berasa geli hati dengan spekulasi tersebut dan menyifatkannya sebagai perkara di luar jangkaan dan terlalu pelik.

“Bagaimanapun, tiada sebab untuk ADUN-ADUN keluar daripada PR. Ini merupakan suatu manipulasi dan cerita yang dikeluarkan sengaja direka-reka oleh pemikir UMNO yang mungkin ramai ADUN mereka yang digantung atau sebagainya dilihat seakan tidak ada kerja lain.

“Kemungkinan oleh sebab itu, mereka mereka-reka pelbagai cerita yang seperti ini. Tetapi semua itu tidak benar sama sekali kerana Pas mempunyai prinsip yang tersendiri,” katanya.

sinarharian

No comments:

Post a Comment