ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 August 2009

Islam, Hudud atau Sarkas?

Dalam kehidupan kita sehari, terkadang sering kita terkeliru dengan bentuk perjuangan kita yang sebenar dalam mempertahankan setiap perkara yang kita percaya.


Dalam ruangan komentar di Malaysiakini hari ini, tulisan Norhayati Kaprawi bertajuk "Imej agama apa yang kita mahu? adalah suatu contoh bentuk berjuangan yang terkeliru matlamat. Apakah yang sebenarnya beliau perjuangkan? Sekali baca komen tersebut seolah dia anti-ulama dan pemimpin islam. Beliau juga seolah lama telah menyimpan ketidaksetujuaan beliau terhadap tindakan pemimpin islam dengan mengatakan,

"Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam. Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.

Apakah benar ulama dan pemimpin Islam benar-benar kelam-kabut dalam soal ini?

Yang pasti tiada persoalan apakah bentuk negara islam yang kita inginkan di negera kita ini. Dalam kes Kartika ini ternyata Hakim mengambil langkah dengan melaksanakan hukuman ta'zir keatas Kartika kerana meminum minuman keras dikhalayak ramai. Ta'azir istilah hukuman yang berbentuk edukatif dengan maksud menakut-nakutkan.

Tapi kenapa perlu ada sebuah NGO yang melabel diri sebagai NGO Islam bersungguh dalam mempertahankan supaya perlaksanaan hukuman ini dibatalkan. Begitu jahil lagi mereka apabila memberi rasional bahawasanya kesalahan Kartika ini adalah ringan kerana tidak memudaratkan orang lain, jadi perlu diberi hukuman yang minimum.

Tapi kalau kita benar-benar lihat kesalahan Kartika ini sebetulnya terdapat pada ramai lagi diantara kita, minum minuman keras dikhalayak ramai adalah secara tidak langsung mencabar Islam itu sendiri. Ditambah pandangan orang lain terhadap umat islam kerana apabila kelakuan seperti itu ditunjukkan di khalayak ramai, ia soalah mempamer kelakuan Umat Islam secara keseluruhannya. Kita sendiri sebagai Umat Islam sepatutnya lebih tau mana yang hak dan batil, tetapi soalnya kenapa masih diperbuat lagi?

Sebetulnya perlaksanaan hukuman ini tidak perlu dipersoalkan, tetapi isu yang dibangkitkan dan publisiti yang diraih dari NGO tersebut cukup meluas dan kini mereka telah berjaya menanamkan syak wasangka serta ragu-ragu keatas hati kita dalam soal melaksanakan hukuman seperti ini.

Bagi saya haiwan sarkas seperti yang diperkatakan oleh penulis terhadap Kartika itu adalah lebih jelas ditunjukkan oleh mereka yang melatah apabila undang-undang Islam cuba dilaksanakan didalam negara kita ini.


pellepuns

No comments:

Post a Comment