ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 August 2009

kartun dalam negeri...kaunter penyebat orang tak ada...kaunter kutip denda ada...

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengakui Jabatan Penjara di bawah kementeriannya tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk melakukan hukuman sebat mengikut undang-undang syariah terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno, 32.

Menurutnya, setiap hukuman yang dijalankan haruslah mengikut undang-undang, sekiranya pihak pelaksana tidak mempunyai sebarang pengalaman, ia tidak boleh dibenarkan.

“Kita tiada kemahiran, saya mengaku, tetapi kita tidak benar laksanakan hukuman sekiranya kita tidak mempunyai kemahiran, kepakaran hukum dan cara-cara yang ditetapkan.

“Jika tiada orang yang hendak laksanakan hukuman ini, bagaimana kita nak laksanakan hukuman secara adil, sedangkan Islam menuntut kita bersikap secara adil,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pertama National Leadership Task Force Bagi Menjayakan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Nasional di sini, semalam.

Beliau berkata, perkara ini akan dibawa dan dibincangkan dengan pihak yang berkenaan bagaimana menyelesaikan perkara ini.

“Yang paling penting adalah kemahiran, tanggungjawab dan amanah, memandangkan ini adalah kes pertama seumpamanya, jadi ada perkara dibawah akta kita yang kita tidak boleh elak, jika perlu latihan hari ini, kita akan buat esok,” katanya.

Pada 20 Julai lalu, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong turut mengulas pandangan beberapa pihak yang inginkan kerajaan melucutkan kerakyatan kepada pihak-pihak yang bersalah melanggar perlembagangan negara.

“Tiada gunanya kita bercakap mengenai cara untuk mengurangkan jenayah kalau sekiranya negara huru-hara di mana isu perkauman meluas, institusi Di Raja diperlekehkan dan dihina dan undang-undang dilanggar sesuka-hati.

“Sebab itu ia tidak berkisar kepada pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerana jika ISA disesuaikan, saya rasa ia boleh menyampaikan mesej jelas,” katanya.


penyapu sial

alasan bodoh si sotong...kalau tak nak laksana hukuman hudud islam sampai bila pun isu yg dia cakap tak selesai....ini akibat nya memperlekehkan islam selama 51 tahun...kalau tiada kemahiran kena berlajar dan praktikkan ... bukan menghalang perlaksanaan hukuman cara islam dengan pelbagai alasan tak masuk akal.....ada otak letak kat tiger beer tu pasal cakap lalok tiga suku biol...apa punya banggang menteri sotong 1 malaysia ni...!!!

No comments:

Post a Comment