ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 August 2009

ISA Menzalimi Bukan Mencegah


Penyokong ISA berusaha bersungguh-sungguh untuk menjustifikasikan undang-undang zalim itu. Hujahnya, undang-undang itu perlu dikekalkan sebagai langkah pencegahan. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Ungkapan itu benar tetapi digunakan ditempat yang salah. Ungkapan itu gandingannya bukan ISA. Menggandingkan ungkapan itu dengan ISA sama seperti membaca doa menaiki kenderaan ketika mengadap hidangan. Doanya betul, cumanya tempatnya salah.

ISA bukan mencegah tetapi menzalimi. Kalau ianya mencegah pun, ia mencegah Umno daripada tertiarap bukan mencegah rakyat daripada kerosakan. Bahkan undang-undang itu merosakkan rakyat apabila anak-anak dan isteri terpisah daripada orang yang dikasihi tanpa pernah terbukti apa kesalahannya.

Bagi mereka yang tahu agama, hujah agama ditampilkan untuk menjustifikasikannya. Antara kisah yang masyhur yang digunakan ialah kisah Nasr bin Hajjaj.

Siapakah Nasr bin Hajjaj?

Dia adalah pemuda tampan yang hidup di Madinah pada zaman Umar bin al-Khattab. Ketika Umar meronda pada waktu malam, telinganya menangkap suara seorang wanita sedang berdendang.

Adakah jalan mendapat arak untukku meminumnya... atau jalan untukku temui Nasr bin Hajjaj?

Keesokkan paginya Umar memanggil pemuda itu. Benar, dia seorang pemuda tampan dan berambut cantik. Sesiapa yang melihatnya tentu terpikat. Buktinya, ada gadis yang berdendang menyebut namanya pada waktu malam.

Umar bertindak mencukur rambutnya. Namun dia kelihatan semakin berseri dengan pipinya yang semakin menyerlah seperti bulan. Umar kemudian memerintahkan pemuda itu menutup mukanya untuk menyembunyikan pipinya, tetapi hanya dengan kelihatan mata sahaja pun, gadis-gadis tetap terpikat dengan ketampanannya.

Melihat keadaan itu, Umar memerintahkan supaya pemuda itu keluar dari Madinah dan menetap di Basrah. Di sana tentu dia akan lebih berwaspada untuk menonjolkan dirinya di hadapan orang ramai kerana berada di negeri asing. Dikhabarkan, Umar menyediakan sebuah rumah untuknya di Iraq dan dia hanya kembali ke Madinah selepas wafatnya Umar.

Ibnu Taimiyah menyebutkan perkara ini di dalam bukunya as-Siyasah asy-Syar'iyah.

Umar bertindak begitu kerana pada hemat Umar, jika pemuda itu masih menetap di Madinah kemungkinan besar gadis-gadis lain juga akan turut terpesona denga kekacakannya. Umar mempunyai bukti bahawa pemuda itu jika dibiarkan akan menyumbang kepada kerosakan. Bukti yang nyata ialah dendangan syair gadis berkenaan pada waktu malam.

Beberapa bukti boleh ditampilkan bahawa ISA tidak sama dengan tindakan Umar itu.

SATU - Tindakan Umar adalah untuk memastikan keamanan masyarakat. Tindakan itu bebas daripada sikap keterlaluan, kecuaian dan sebarang kepentingan diri. ISA pula sarat dengan keterlaluan, kecuaian dan kepentingan diri mereka yang berkuasa untuk mengekalkan kuasa.

DUA - Kerajaan Umar adalah kerajaan yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaannya. ISA bukan lahir daripada sebuah kerajaan seperti kerajaan yang dipimpin oleh Umar.

TIGA – Keputusan yang dibuat oleh Umar menepati semangat perundangan Islam dan prinsip-prinsip umum dalam Islam iaitu untuk menutup ruang-ruang yang boleh merosakkan masyarakat. ISA bukan menutup ruang yang merosakkan masyarakat tetapi menyumbang kepada kerosakan.

EMPAT – Umar sendiri adalah sahabat yang sangat alim dan sangat kuat berpegang dengan Islam. Tindakannya lahir daripada kecintaannya kepada Islam. ISA pula tidak pernah dirujuk pun kepada cerdik pandai agama atau mufti. Sedangkan salah satu prinsip umum Islam yang wajib dipatuhi dalam urusan masyarakat ialah merujuk perkara yang rumit kepada kumpulan cerdik pandai.

LIMA- Tindakan Umar tidak bercanggah dengan mana-mana dalil yang bersifat umum dan detail. ISA pula terbukti bercanggah dengan dalil-dalil umum seperti perintah berlaku adil dan ihsan sesama manusia. Begitu juga ISA bercanggah dengan dalil yang bersifat detail seperti orang yang bersalah hendaklah dibuktikan kesalahannya.

ENAM – Langkah pencegahan hendaklah berkemampuan membawa manusia kepada kebaikan dan menghindari keburukan dan kebinasaan. ISA terbukti tidak berkemampuan untuk mencapai kedua-dua hal tersebut.

ISA bukan bersifat mencegah tetapi membalas dendam. Mereka yang ditahan ISA disiksa, didera, diaibkan, ditelanjangkan. Itu semua tidak pernah dilakukan sama sekali oleh Umar.

Langkah Umar adalah langkah pencegahan tetapi menyamakan tindakan Umar dengan ISA sama seperti menyamakan terung dengan telur. Kedua-duanya berbentuk bulat tetapi jika dilontar, terung tidak pecah dan telur tentunya berkecai.

bongkarsauh

No comments:

Post a Comment