ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 August 2009

Kerajaan Masih Menyalahgunakan ISA

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/DemoAntiISA%20091.jpg




















Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Himpunan Memansuhkan ISA yang berlaku di ibu Negara pada 1 Ogos sebagai suatu kejayaan yang boleh dibanggakan

Beliau berkata, himpunan tersebut berjaya menarik rakyat dari pelbagai peringkat hidup bagi menyampaikan suara hati sebenar.

”Rakyat yang terpelajar, yang berpendidikan, yang tinggal di kawasan bandar, yang banyak maklumat dan bukan rakyat yang di luar bandar,

”Mereka turun (dengan) satu suara untuk menghapuskan Akta ISA yang mereka anggap sebagai undang-undang warisan penjajah,”katanya ketika ditemui dirumahnya baru-baru ini.

Menurutnya ISA masih lagi digunakan sebagai ‘senjata’ oleh parti pemerintah untuk mempertahankan pemerintahannya,


Katanya, tindakan tersebut telah mencabul amalan demokrasi yang sebenarnya, dimana kerajaan bertindak terhadap pembangkang dan pihak-pihak yang mengkritik kerajaan.

”Bahkan, (ia) digunakan terhadap orang Umno sendiri bila mengkritik pemimpin dia (Umno) dan bukan sahaja kepada pembangkang.

“jelas undang-undang ini disalahgunakan,”tegasnya

Menjawab tuduhan pihak tertentu yang mengatakan, demontrasi tersebut mencetuskan keganasan dan huru-hara, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menafikan sekeras-kerasnya.

Katanya, beliau yang turun sama berdemonstrasi dapat melihat penganjur berjaya mengawal keadaan dan pemuda-pemuda yang menyertainya tidak melawan walaupun dilakukan dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh pihak polis.

“Mereka (pemuda) tidak melawan langsung, (apabila) pihak polis melontar gas pemedih mata, semburan air, mereka berundur tidak melawan, tidak ada seorang pun anggota polis yang cedera,

“jumlah (peserta demo) puluhan ribu, mengatasi jumlah polis. Jika mereka ganas sudah pasti dengan mudah, mereka (boleh) bertindakbalas,

Menurutnya, beliau tahu ada dikalangan anggota polis yang tidak redha, melihat rakan-rakanya bertindak keatas peserta demonstrasi, kerana pihak polis ‘dipaksa’ oleh pihak pemerintah.

”Ia adalah satu perkara yang menarik, penganjur berjaya mengadakan satu disiplin di mana (peserta) tidak bertindak melawan polis meski pun polis bertindak,”jelasnya.


bulitinonline

No comments:

Post a Comment