ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 August 2009

Najib temberang pasal ISA



ISA Tidak Perlu Untuk Hadapi Pembangkang


Kerajaan sedia menghadapi pembangkang semasa pilihan raya dan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik untuk berdepan dengan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata akta tersebut tidak perlu digunakan untuk menahan ahli-ahli politik pembangkang semata-mata kononnya Barisan Nasional takut terhadap mereka.

Menurutnya ISA hanya digunakan terhadap orang-orang yang boleh mengancam ketenteraman rakyat dan keselamatan negara.

"Kalau tidak mempunyai akta tersebut, insiden-insiden pengeboman seperti yang berlaku di (hotel) JW Marriot and Ritz Carlton di Jakarta bulan lepas dan di Mumbai, India tahun lalu mungkin boleh berlaku di negara kita.

"Kita tidak perlu menggunakan ISA untuk tahan orang politik. Kita bukan takut, kita akan berdepan dengan mereka masa pilihan raya. Itulah ubatnya, bukan menahan mereka menggunakan ISA," katanya pada majlis Jalinan Rakyat anjuran Wanita Barisan Nasional di sini, Jumaat.


Najib berkata kerajaan telah berjanji untuk mengkaji semula ISA, dan oleh itu, tiada gunanya pembangkang membawa isu itu ke jalanan.

"Mengapa mereka perlu buat demonstrasi. Saya dah cakap ISA akan dikaji, jadi tunggu dulu. Selepas saya menjadi perdana menteri, pada hari pertama pun saya telah membebaskan 13 tahanan ISA," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Najib berkata beliau tidak dapat mengesahkan laporan sama ada ketua Liberation Tigers of Tamil Elam (LTTE) yang baru Selvarasa Pathmanathan berada di negara ini.

"Saya tidak dapat sahkan. Saya tidak mempunyai faktanya," katanya ketika ditanya mengenai laporan agensi berita asing yang menyebut Pathmanathan yang dalam buruan kerajaan Sri Lanka telah ditahan di negara ini.

Bagaimanapun Najib berkata beliau akan memeriksa perkara itu dengan pihak berkuasa.

-- BERNAMA


penyapu sial


ha ha ha..mau goreng ya...cuba tgk kat kem kamunting ada berbaki lagi tak tahanan yg masih  di tahan...apa citer dengan suami norlaila othman ...yang sehingga kini masih dan masih lagi di tahan...orang lain dah ada yg di bebaskan...itu bukan tahanan politik namanya...
poodahhh...temberang lebih...!!!!

No comments:

Post a Comment