ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 August 2009

Nik Aziz mengaku tersilap Guna perkataan 'Tidak Salah' sepatutnya 'Tidak Pelik'























Tindakan DAP ‘tidak pelik’: Nik Aziz



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menjelaskan beliau bukan bermaksud untuk tidak membantah tindakan sebilangan pemimpin DAP yang menghina Islam seperti mana yang disiarkan di akhbar semalam.

Sebaliknya beliau berkata, beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ dan perkataan yang sepatutnya dinyatakan ialah ‘tidak pelik’.

“Memang saya kata tidak salah pemimpin DAP menghina Islam. Tetapi maksud saya ialah tindakan pemimpin DAP itu tidak pelik kerana mereka bukan beragama Islam.

“Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud tidak pelik perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Jambatan Konkrit Kampung Kelaweh ke Kuala Sat, di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.

“Macam mana mereka nak reti (tahu) mengenai Islam kalau semua orang Islam hanya berdakwah kepada Orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita (orang Islam) untuk berdakwah kepada semua tanpa mengira siapa mereka. Kita perlu rajin berhujah atau bersoal jawab dengan mereka mengenai agama seterusnya menarik minat mereka mendalami Islam,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas persiapan menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas bertekad akan lancarkan kempen besar-besar bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Permatang Pasir walaupun pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, Ramadan tidak akan menjejaskan perjuangan Pas malah akan lebih kuat berusaha demi mengembangkan syiar Islam.

Katanya, Bulan Ramadan adalah satu kelebihan dan tidak akan menimbulkan masalah kepada Pas.

“Apa salahnya bulan Ramadan, Perang Badar pun pada bulan Puasa dan Rasulullah telah membuktikannya. Kenapa kita nak takut. Inilah peluang yang patut kita rebut bagi mendapatkan lebih pahala sempena bulan Ramadan .

“Sebab itu Allah menggalakkan kita berpuasa walaupun bukan pada Bulan Ramadhan iaitu setiap dua hari seminggu , Isnin dan Khamis untuk melatih kita sentiasa bersedia dalam apa keadaan sahaja terutamanya dalam memperjuangkan Islam,” katanya.

Kerja-kerja pembinaan jambatan konkrit yang bakal menggantikan Jambatan kayu yang berusia kira-kira20 tahun itu dijangka siap pada Jun tahun depan.



penyapu sial


kalau UMNO dah buat silap ada tak dia nak mengaku....poodah...ngaku mana ada...tapi daleh memang ada...!!!!

No comments:

Post a Comment