ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

16 August 2009

PAS tidak akan serang peribadi pemimpin

Ketika dia diserang kiri dan kanan oleh media dan pemimpin parti lawannya, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan, PAS tidak akan menggunakan kaedah menyerang peribadi pemimpin parti lawan semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Jaminan ini dikeluarkan beliau ketika bercakap kepada media selepas menghadiri satu majlis rasminya dekat sini. Sebaliknya kata beliau, PAS tidak akan mengetepikan kaedah kempennya iaitu akan terus menyerang dasar parti lawan.

“Sampai bila pun PAS akan terus menyerang dasar parti lawan yang bertentangan dengan dasar dilaksanakan parti PAS,” jelasnya sambil menegaskan pendekatan itu bukan sahaja dibolehkan malah ia diwajibkan di dalam Islam.

PRK Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos ini. Sehingga kini, tiga calon mengesahkan untuk menyertainya iaitu calon PAS, Mohd Salleh Man, calon BN, Setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris.

Pada pilihan raya umum 2008, Salleh bertanding di kerusi Dun Sungai Dua, namun tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed, dengan majoriti 535 undi.

Manakala Kamarul pernah bertanding dalam PRK Bukit Gantang dan Penanti dan hilang wang pertaruhan di kedua-dua pertandingan itu. Beliau nampaknya tidak pernah serik dan sekali lagi tampil membuat pengumuman akan turut bertanding pada PRK Dun Permatang Pasir.

Sejak kebelakangan ini, peribadi dan pandangan Nik Aziz menjadi sasaran media dan pemimpin BN. Ada sahaja isu yang dihalakan kepada beliau. Terkini adalah sikap baik beliau terhadap DAP sehingga beliau dituduh menghalalkan kemungkaran yang dibuat oleh DAP. Ekoran itu beliau didakwa bukan menjaga kepentingan Islam tetapi kepentingan politik dan DAP.

Datuk Seri Anwar juga turut menjadi sasaran media. Beliau diserang secara peribadi dan terkini adalah beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa.

Dalam pada itu media melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, mencadangkan supaya pilihan raya tersebut ditangguhkan berikutan penularan wabak influenza (H1N1).

Bagaimanapun pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata dalam perlembagaan pilihan raya tidak boleh ditangguhkan kecuali kerajaan mengisytiharkan darurat.

Sementara itu Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, memberitahu kerajaan negeri sudah mengubah istilah ‘bulan puasa’ kepada ‘bulan Ramadan’ bagi memberi kefahaman lebih luas kepada umat Islam tentang pengajaran dan amalan yang dituntut agama sepanjang bulan mulia itu.



penyapu sial

Begitulah cara berkempen yang beretika
Bukan seperti umno jahanam, sering menyerang peribadi pemimpin pihak lawan

PAS harus berkempen secara jujur dan meneruskan dasar parti bahawa kepentingan rakyat mesti menjadi keutamaan
Pengundi PP harus bijak memilih calon mereka, bukannya memilih calon korup yang mahu memenuhkan poket mereka dengan wang ringgit sahaja

PAS dan PR, selamat berkempen, semoga kejayaan di pihak anda semua.

No comments:

Post a Comment