ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 August 2009

Polis hanya lihat sambil lewa perhimpunan haram Umno




Setiausaha DAP Perak , Nga Kor Ming telah membuat satu aduan di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh tengahari tadi berikutan terdapatnya satu kumpulan lebih kurang 40 orang lelaki yang menggelar diri mereka pemuda Umno telah datang ke ibupejabat DAP Perak yang terletak di Medan Istana 1, Bandar Ipohraya.




Kedatangan kumpulan lelaki tersebut tanpa sebarang notis adalah bertujuan untuk menimbulkan kekacauan.

Aduan tersebut turut menyatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah tanpa permit dari polis dan mereka telah cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan DAP.

Kumpulan tersebut membuat tohmahan bahawa kenyataan Ketua pemuda DAPSY Malaysia, YB Anthony Loke kononnya menghina Islam dan Institusi Diraja yang mana laporan polis telah dibuat oleh YB Loke sendiri menafikan penglibatan beliau dan ia adalah fitnah dan palsu semata-mata.

Nga mengadu bahawa mereka telah menggantung banner mengandungi kata-kata kesat yang berunsur hasutan dengan tujuan membangkitkan sentimen perkauman. Antara banner tersebut bertulis “DAP HARAM JADAH” dan “DAP HAN KA CHAN” iaitu dalam maksud bahasa kantonis “kamu mati sekeluarga”.Tindakan mereka jelas terbukti UMNO demi kepentingan peribadi mereka sanggup berlaku samseng dan sedang bermain api.




Dalam aduan tersebut, Nga meminta polis melakukan siasatan terhadap mereka yang telah menimbulkan suasana tegang dikawasan Medan Istana dan mengakibatkan kacau bilau sehingga mengganggu mereka yang sedang menjalankan urusan pejabat dan perniagaan masing-masing.

Nga turut menyatakan rasa kesal diatas sikap anggota polis yang hadir bersama ketika kejadian berlaku kerana hanya memandang dan bersikap sambil lewa sahaja tanpa melakukan sebarang penangkapan.

No comments:

Post a Comment