ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 August 2009

PRK Permatang Pasir: UMNO kadok gila kuasa mimpi Pasti Menang Besar?.



"Sehari selepas hari pengundian nanti, media akan menyiarkan secara besar-besaran bahawa pak menteri-pak menteri akan mengistiharkan UMNO dan BN menang besar dalam PRK Permatang Pasir. Katanya lagi, rakyat telah menolak dan muak dengan Pakatan Rakyat. Katanya lagi, rakyat sangat menerima kepimpinan baru BN. Katanya lagi Legasi Anuar Ibrahim tidak relevan lagi. Dan, PRU13 nanti BN akan membenamkan PR dengan amat tragis.

Kemenangan ini akan disambut oleh cendekiawan-cendekiawan yang mahal gajinya, dan terbitlah analisa-analisa canggih dengan menabur harapan tinggi buat pak menteri.

Kalau PRK Manik Urai, BN dengan kekuatan armada dari seluruh agensi dan dana tak terhitung jumlahnya meraikan sebuah 'kemenangan besar', hanya kerana dapat mengurangkan majoriti lawan. Habis ,apa yang peraih ikan PAS itu dapat?. Adakah sebuah kekalahan.

Justeru, UMNO akan mengatakan mereka menang besar dalam PRK Permatang Pasir kelak, hanya kerana berjaya mengurangkan majoriti satu undi saja. Hujahnya, mengurangkan satu undi dalam kawasan Anuar Ibrahim adalah satu kemenangan besar dalam sejarah UMNO. Bisa dicatit dengan tinta emas!.

Hakikatnya, Anuar Ibrahim adalah sebuah kekuatan yang tidak mampu dihadapi oleh seluruh pemimpin dan ahli UMNO, hatta dibantu oleh seluruh kekuatan kerajaan dan media sekali pun.

Setelah sepuluh tahun, pelbagai cara dan perkara diusahakan untuk memusnahkan Sang Rajawali ini, namun sampai hari ini dia masih terbang dan menjadi pacar langit yang setia. (terkenang sajak Rendra buat Anuar ).

Artinya, UMNO akan menggelar dirinya menang , dimana-mana PRK diadakan, samada calunnya kalah atau menang dari segi bilangan undinya. Inilah padahnya belajar metamatik dengan bahasa asing!.

Dan UMNO menjadi kadok yang gila kemenangan."


abuhikam

No comments:

Post a Comment