ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 August 2009

saman RM 10 juta...ingatan kepada anggota FRU supaya tidak menyalahguna kuasa dan berlaku zalim....

Saman RM10 juta terhadap pegawai kanan FRU di Kelantan wajar menjadi pengajaran kepada pasukan itu agar mematuhi peraturan ketika melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai.

Ini kerana, bukan pelajar dari Kota Bharu itu sahaja yang menjadi mangsa sebegini tetapi juga para peserta perhimpunan Mansuh ISA Ogos 1 lepas.

Pegawai Medan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ASP M. Sathasivam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia masing-masing dinamakan sebagai defendan dalam saman tuntutan ganti rugi mangsa kelongsong peluru gas pemedih mata dalam kejadian rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV hampir empat bulan lalu.

Mangsa, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta di atas kecederaan mata kanannya akibat terkena tembakan kelongsong peluru gas pemedih mata yang mengakibatkan mata kanannya buta.

Saman tersebut difailkan Huzaifah sebagai plantif melalui peguamnya, Shaharudin Mohamed, dari Peguambela dan Peguam cara Shaharuddin Hidayu & Marvaliz di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, petang semalam.

Plaintif, seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian, Pengkalan Chepa, mengalami kecederaan itu semasa rusuhan penonton bolasepak pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV April lalu.

Ketika kejadian rusuhan plaintif dikatakan tidak terlibat langsung sebagai penonton atau kumpulan rusuhan tersebut. Sebaliknya kehadiran beliau di situ adalah semata-mata menolong sepupunya berniaga bagi mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan pengajiannya.

Di dalam tuntutannya plaintif mendakwa, pada April 7, 2009, jam 11.30 malam ketika mengemas barangan jualan, tiba-tiba sepasukan anggota FRU yang diketuai defendan pertama (Sathasivam), yang mana seorang anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arahnya.

Akibat kejadian tersebut beliau dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu.

Sementara itu peguamnya, Shaharuddin, memberitahu tuntutan tersebut adalah sebagai ganti rugi teruk dan teladan di atas kecuaian defendan mengakibatkan plaintif mengalami kecacatan kekal.

Menurut Shaharuddin juga, tuntutan faedah di atas jumlah penghakiman pada kadar 8 peratus setahun dari tarikh penghakiman turut dibuat.


penyapu sial

jangan sebab anda berkuasa, anda boleh buat sesuka hati anda, tanpa mengira akibatnya pada orang yang tidak terlibat atau tidak berdosa Semoga ini menjadi pengajaran pada semua pihak berkuasa.

samada tunjuk perasaan tersebut memperolehi permit atau tidak pihak kerajaan dan polis hendaklah menghormati kehendak dan hak rakyat untuk berkumpul secara aman untuk memberitahu semua akan mesej yang ingin disampaikan melalui tunjuk persaan tersebut ...melainkan sebab utama untuk berkumpul adalah untuk tujuan jahat semata2.

macam penduduk kg buah pala di penang, peniaga di kawasan masjid india, pasar budaya didorong oleh tangan-tangan ghaib -- tapi semua orang tahu siapa -- dalam menuntut gantirugi dri gmi selepas demonstrasi 1 ogos lepas. kalau dikaji tujuan demonstrasi ialah untuk menghantar memorandum mansuhkan isa kepada yang dipertuan agong, bukan menimbulkan kekacauan. dalam lain ertikata, boleh dilakukan secara aman dan bertamadun.

malangnya, bila polis mula cuba menggagalkannya, barulah mula masalah sebenar. jadi jika nak tuntut gantirugi juga, pihak berkenaan kena menuntuk dari gmi, pdrm dan kerajaan malaysia sekaligus. nanti bukan saja boleh dapat 10 juta, 100 juta pun boleh

No comments:

Post a Comment