ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

16 August 2009

SPRM Nampak Kuman Di Seberang Laut Tetapi Gajah Di Depan Mata Tak Nampak

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Seri Haji Ahmad Said bin Hamdan harus dipecat kerana kegagalannya dalam menjalankan tugasnya dalam siasatan skandal PKFZ yang melibatkan amaun RM12.5 bilion.

Pasukan Tugas Khas (Task force) yang ditubuhkan pada Jun 2009 telah dalam tempoh tiga bulan yang lalu telah mendapati bahawa pemaju PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) telah mengenakan bayaran lebih kurang RM1 bilion yang sebenarnya sama ada terlebih bayar, tidak berasas malahan bayaran itu mungkin adalah palsu. Bayaran RM1 bilion ini merupakan lebih kurang 30% daripada kos keseluruhan projek ini yang berjumlah RM3.522 bilion, tanpa mengira kos faedah.

Contohnya Pasukan Tugas Khas ini mendapati tuntutan yang dikenakan terhadap infrastruktur elektrikal yang bernilai RM55.8 juta, serta kerja-kerja infrastruktur kejuruteraan awam dan pembinaan kabel elektrikal 33 kV yang bernilai RM83 juta mungkin ialah tuntutan palsu kerana kerja-kerja ini tidak pernah dilakukan. Selain itu, terhadap juga kerja-kerja Variation Order (VO) sejumlah RM550 juta yang tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana dokumen.

Saya berasa terkejut dengan apa yang diperolehi oleh Pasukan Tugas Khas ini kerana SPRM atau BPR sebelum ini seharusnya boleh menjalankan siasatan yang sama dan memperolehi butiran-butiran yang sama seperti ini dan kita tidak perlu menunggu sehingga sekarang untuk mengetahui penyelewengan-penyelewengan ini.

Ini sekali lagi menunjukkan kegagalan SPRM dalam menjalankan tugasnya bagaikan “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak”. SPRM harus memfokuskan segala kudrat tenaganya dalam menyiasat kes PKFZ yang melibatkan wang berbilion-bilion ringgit ini. Walaupun begitu, SPRM memilih untuk tidak mengambil tindakan awal untuk merawat isu PKFZ ini tetapi menjadikan kes ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang melibatkan beberapa ribu ringgit sebagai sasaran.

Kegagalan SPRM di bawah pengelolaan Dato' Seri Haji Ahmad Said bin Hamdan harus dikecam dan kerajaan persekutuan harus menggantikan beliau dengan seorang lagi yang lebih sesuai dan dapat menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama.

Lau Weng San

No comments:

Post a Comment