ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

10 August 2009

Larangan penjualan minuman keras isu politik atau kepentingan rakyat

Saya merujuk kepada berita tentang rampasan minuman beralkohol berjumlah RM620 di salah sebuah kedai mini 24 jam di Seksyen 8, Shah Alam pada 29 Julai yang lalu oleh pegawai penguatkuasa dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Isu ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada yang menyokong dan sudah tentu, ada juga yang menentang. Setakat artikel ini ditulis, telah wujud pertelingkahan antara Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali, dan Ronnie Liu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Liu juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kepimpinan DAP Kebangsaan.

Apa yang bermula sebagai satu isu pihak berkuasa tempatan telah menjadi satu polemik politik yang melibatkan dua orang tokoh dari dua parti utama dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, hinggakan telah keluar kenyataan dari Hassan yang menyeru supaya Liu dilucutkan jawatannya dari mempengerusikan portfolio kerajaan tempatan.

Apa kisah sebenar di sebalik peristiwa ini? Mengapa ianya sampai menjadi begitu serius? Semuanya bermula apabila kerajaan negeri berhasrat untuk menyemak kembali undang-undang yang berkaitan dengan penjualan minuman keras di Selangor. Ada pihak yang mahukan supaya undang-undang yang sedia ada dikaji semula supaya seiring dengan Enakmen Jenayah Syariah 1995. Mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, penjualan minuman beralkohol kepada orang Muslim merupakan satu kesalahan. Adalah satu kesalahan juga bagi orang Islam sekiranya didapati minum minuman beralkohol. Apabila pihak berkuasa tempatan bertindak, telah timbul rungutan dari sesetengah pihak dan barangan yang dirampas terpaksa dipulangkan semula. Liu telah mengeluarkan kenyataan media bahawa pihak MBSA telah bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Persoalannya, siapakah yang mempunyai bidang kuasa dalam hal ini? Ini perlu dijelaskan dengan segera kepada rakyat kerana mereka sudah tentu mahukan jawapan segera. Mengenai isu penjualan minuman keras di tempat awam, isu ini juga perlu diberikan perhatian serius. Menurut Datuk Bandar MBSA, Datuk Mazalan Md Nor, mereka bertindak setelah mendapat aduan dari penduduk setempat, yang majoritinya adalah orang Islam, mengenai rasa kurang senang mereka apabila terdapatnya premis-premis perniagaan yang menjual minuman keras secara terbuka. Malah, di kawasan mereka ini, premis ini terletak hanya 50 meter dari sebuah surau. Tambahan lagi, sekiranya terdapat akses yang sebegitu mudah untuk membeli minuman keras ini, gejala sosial meminum arak di kalangan murid sekolah dan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi semakin berleluasa. Inilah dilema masyarakat setempat yang sedang dialami sekarang.

Pada pendapat saya, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan segera bagi mengekang penjualan minuman keras secara terbuka di tempat awam ini, dengan mengambilkira sentimen masyarakat tempatan yang majoritnya adalah umat Islam. Minuman keras, tidak kiralah dalam apa jua bentuk, seperti bir, wain, brandi dan wiski, telah terbukti secara saintifik memudaratkan manusia. Dalam konteks agama Islam sendiri, telah diterangkan secara jelas bahawa minuman yang memabukkan adalah haram. Islam tidak meletakkan keharaman sesuatu perkara atau perbuatan dengan begitu sahaja. Kajian yang dijalankan oleh manusia sendiri telah membuktikannya.

Bagaimana pula dengan sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak berhak untuk menidakkan kebebasan peribadi individu? Mereka ini tanpa segan silu mengatakan bahawa sekiranya undang-undang larangan ini dikuatkuasakan, hak mereka sebagai rakyat teraniaya. Adakah benar kenyataan seperti ini? Atau adakah ini hanya retorik semata-mata? Adakah mereka tidak melihat akan kemudaratan minuman keras itu sendiri dari segi kesihatan, seterusnya melibatkan percambahan gejala sosial dalam masyarakat? Apa itu kebebasan peribadi? Adakah ianya suatu yang hakiki, tanpa mengambilkira keperluan dan hak komuniti?

Pertimbangkan situasi-situasi berikut; seorang remaja yang melintas jalan dilanggar oleh seorang pemandu yang mabuk; seorang ibu yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab mengurus keluarga kerana tidak dapat menghilangkan ketagihan pada minuman keras; seorang ayah yang tidak dapat menyara keluarganya dengan baik dek kerana wang gaji dihabiskan untuk membeli minuman keras; remaja yang meninggal dunia pada usia yang masih muda disebabkan sistem badan yang telah rosak, hasil dari kedurjanaan minuman keras.

Masih banyak lagi kisah yang boleh diceritakan. Telah ada terlalu banyak testimoni dari mereka yang telah menjadi mangsa. Telah banyak statistik yang terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen.

Apa lagi bukti yang diperlukan? Apa lagi yang boleh dibangkitkan selain menegakkan benang yang basah? Sejarah telah menceritakan segalanya. Oleh kerana itu, agama Islam melarang keras umatnya daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang ada kena mengena dengan minuman beralkohol. Perlu diingatkan di sini bahawa isu ini bukanlah isu pertelingkahan antara agama; sebaliknya isu yang melibatkan tanggungjawab masyarakat setempat, tidak kira apa bangsa sekalipun, dalam memastikan ketenangan dan keselamatan dalam komuniti adalah sentiasa terjamin.

Kedengaran pula suara-suara yang mengatakan, “Bagaimana pula dengan hak kami yang bukan Islam? Walaupun kami minoriti, kami tetap mempunyai hak. Sebagai responsible drinker, kami tidak menyumbang kepada sebarang gejala sosial”. Desakan ini adalah benar. Namun, dalam memformulasikan sebarang undang-undang atau peraturan untuk kebaikan awam, kerajaan negeri perlu mengambil kira sentiment dari majoriti masyarakat setempat. Bukan hanya mengambil kira majoriti, tetapi penguatkuasaan yang dijalankan mesti berlandaskan pada kebenaran sejagat. Dalam konteks ini, telah terdapat sebegitu banyak bukti yang menyatakan bahawa minuman beralkohol adalah tidak baik untuk kesihatan dan juga salah satu penyumbang gejala sosial. Ini sahaja sudah cukup untuk dijadikan alasan yang sesuai. Responsible drinkers ini masih boleh meneruskan aktiviti mereka. Mereka masih boleh mendapatkan minuman beralkohol kegemaran mereka dari peniaga yang berada di luar kawasan majoriti Muslim ini.

Di pihak peniaga pula, sedarkah mereka yang tanggungjawab sosial kepada masyarakat juga terpikul di bahu mereka? Dalam konteks agama Islam sendiri, apa yang diniagakan hendaklah membawa manfaat kepada masyarakat, bukan sekadar mengejar keuntungan semata-mata. Ini yang dikatakan keberkatan dalam perniagaan. Tuan punya premis-premis perniagaan dan para peniaga harus sedar bahawa mereka juga mempunyai keluarga. Apalah salahnya jika menganggap masyarakat yang sering menngunjungi gerai mereka sebagai ahli keluarga mereka sendiri, yang perlu diberikan perhatian sewajarnya agar tidak terjerumus ke dalam kancah permasalahan sosial.

Saranan dari sesetengah supaya sebarang undang-undang yang telah ditetapkan, dikuatkuasakan di seluruh Selangor perlu mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan negeri. Namun, kepentingan orang bukan Islam tetap perlu diambil kira. Ini bagi memastikan masyarakat setempat dapat hidup dalam suasana yang lebih harmoni. Setakat ini, Menteri Besar Selangor telah mengarahkan supaya semua kedai serbaneka di Selangor mengamalkan self-regulation, iaitu dengan meletakkan stok minuman beralkohol di kawasan yang berasingan dan memaparkan notis larangan menjual minuman beralkohol kepada mereka yang di bawah umur. Sebagai rakyat yang prihatin, kita lihat dulu kesan daripada self-regulation ini sebelum membuat sebarang komen atau tindakan susulan.

Kamil Hafidh Halim


penyapu sial

semoga semua, tak kira rakyat Selangor / Malaysia yang beragama Islam dan bukan Islam menerima dengan hati yang terbuka. Jelas arak adalah haram dalam Islam dan jelas ia amat tidak baik bagi kesihatan dan minda...manusia hilang pertimbangan dibawah pengaruh arak. Harap tidak ada pandangan negatif terutama dari rakan bukan Islam.

Ya betul, Pakatan rakyat menuju kearah kebebasan bersuara...tetapi kalau suatu perkara contoh seperti arak sudah di ketahui keburukkannya, mengapa kita masih ingin "menegakkan benang yang basah"...seperti kami minoriti pun ada hak. Harap tidak ada pemimpin PR terutama DAP yang memberikan peluru kepada UMNO-BN dalam isu ini untuk "menembak" PR terutama PAS

isu ini tak seharusnya diperbesarkan kerana Arak jelas bukan sahaja dilarang oleh Islam tetapi juga agama lain...tetapi masalahnya atas dasar "kebebasan bersuara, hak sama rata," dan sebagainya isu ini tak dilihat seabagai isu sosial rakyat Malaysia tetapi lebih kepada isu orang Islam dan Melayu , ditambah pula "kehadiran" UMNO memburukkan lagi keadaan dan menjadikan ia isu kepentingan politik untuk survival UMNO yang semakin tenat.

Saya amat mengharapkan larangan penjualan arak ini juga disokong oleh rakan-rakan bukan Islam terutama dalam Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment