ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 January 2012

tembelang jadi pondan najib jadi tanda tanya....

 

Kita  rasa amat kesal terhadap keengganan pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyahut seruan Datuk Seri Anwar Ibahim untuk berdebat secara terbuka.Alasan yang diberikan begitu memual dan menjengkelkan.

Sikap ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya UMNO untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat..

Anwar mengajak Najib berdebat mengenai beberapa isu kritikal semasa – politik, ekonomi dan kebajikan rakyat - yang sedang hangat diperkatakan kini.

Namun sehingga kini Najib dikatakan tidak bersedia.Sikap  bacul  macam ini jelas menunjukkan Umno belum berhenti dari muslihatnya untuk terus memperbodoh dan menindas minda rakyat.

Dengan ini , kuasa memerintah negara terus kekal di tangan dan pelbagai penyelewengan mudah diteruskan tanpa sekatan.Apa yang kita pasti, sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka..

Sesungguhnya, kita berpendirian bahawa  debat antara pemimpin adalah tradisi mana-mana kepimpinan silam bagi semua tamadun..

Hakikatnya, budaya debat adalah amalan lumrah para ilmuan dan kepimpinan silam. Melaluinya, kebenaran akan lebih terserlah dan “insight” baru dapat dicernakakan demi kepentingan negara dan rakyat.

Lebih penting,  rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang akan diberikan amanah mengurus negara pada masa depan.

Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat.

Kita pun merasa aneh mengapa pula jantan celaka seekor ini  tidak punyai keberanian menyahut cabaran ini. Sedangkan, beliau sendiri dikatakan selalu mempamirkan gaya pidato dan cakap cakap yang berdegar degar  yang tidak kurang hebatnya semasa berucap di khalayak umum di mana-mana..

Lagi pun beliau sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga dengan bekalan idea dan maklumat jika diperlukan...

Sesungguhnya,ini menunjukkan betapa hina dan rendahnya pandangan Umno/BN terhadap rakyat Malaysia yang bersifat majmuk ini.

Selepas memerintah negara selama 54 tahun, jika benarlah rakyat masih belum mampu menerima debat kepimpinan secara terbuka, bukankah ini merupakan bukti kegagalan UMNO/BN sendiri?..

Sehubungan itu,kita  berpendapat , pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran.

Ia mempamirkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno/BN wajib menjelaskannya...!!!

No comments:

Post a Comment