Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
01 January 2012
zakat tu masyukkk...jamil khir bersubahat dengan syaitan....Hina Audit Negara Dan Agong ...wajar di dakwa di bawah pengadilan...!!!
Tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah
Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat..
Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku..dan persoalan kedua, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman".
Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.
Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda...
Menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong.Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong..
Kita tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan.
Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka..
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar.
Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Jamil Khir Jelaskan Dakwaan Seleweng Wang Zakat & Pembelian Rumah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Sabtu menegaskan, laporan yang mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan wang zakat adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah semata-mata.
Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepertimama yang didakwa tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.
"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, dan ini yang kita pakai lah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.
Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.
Beliau berpendapat, laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.
"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya lagi.
Menurutnya, pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.
Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata, pihak yang membuat tuduhan berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau menjelaskan, rumahnya itu dibeli pada tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri lagi dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.
"Kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu adalah perkara biasa. Saya dulu mejar jeneral dalam angkatan tentera...saya ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya lagi.
Beliau juga berkata, penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar. - thestar
penyapu sial
Sudahlah pecah amanah dan khianat, penipu pula.
Kata jamil Khir:
Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepertimana yang didakwa tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.
Sedangkan Laporan Audit JELAS menyatakan:
Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.
Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Sekalipun wang tersebut telah dibayar balik menggunakan geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan, namun PECAH AMANAH telah berlaku terlebih dahulu.
Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.
Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 juga menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu.
Laporan itu menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili mereka atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP.
Laporan Audit Negara di atas adalah jawapan kepada soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen - Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) sebelum ini.
Ia BUKAN fitnah seperti yang didakwa oleh Jamil Khir sebaliknya Jamil Khir yang memberikan jawapan yang salah untuk mengelirukan rakyat.
Ini juga BUKAN persoalan politik seperti yang didakwa, tetapi persoalan akauntabiliti dan etika kerja. Soal hukum, soal amanah dan pertanggungjawaban.
Dipandang dari sudut apa sekalipun, perbuatan menggunakan wang zakat untuk tujuan selain dari yang dibenarkan syarak tetap berdosa. Wang zakat adalah milik Allah s.w.t. yang diarahkan diagihkan kepada golongan asnaf, bukan untuk biaya (samada sementara atau kekal) wang guaman pengerusi dan pengarah MAIWP.
Sudahlah qazaf yang dituntut ugama untuk dilaksanakan dihalang, guna pula wang zakat untuk biaya kos guaman menghalang qazaf berkenaan. Bertimpa-timpa kesalahan dan dosanya.
menteri syaitan nie kata...
"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, dan ini yang kita pakai lah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di sini.
nak kelentong amendenya khir...nampak sangat dah kamu guna peruntukan kerajaan untuk kepentingan peribadi...jangan nak kona baring sana sini....syaitan yang kamu tunggang pun akan tunukkan kejahatan kamu
Tiada alasan lagi, Jamil Khir serta 2 lagi perlu diheret ke muka pengadilan.
Padahnya mengambil YAHUDI sebagai
penasihat dan sahabat maka ISLAM
pun turut digadaikan.JAHANAMKAN
UMNOYAHUDI DALAM PRU13 KELAK!!!!
Pagar balun padi.Bala dari Allah apabila hukum2NYA diperlekehkan umporno
Pemimpin UMNO tidak akan mengaku bersalah kecuali di sula
Bukan sekadar Jamil Khir,Pengarah JAWI tu pun wajar diheret kemahkamah kerana sudah salah gunakan kuasa kerana nak mengampu menteri.
siakap senohong gelama ikan duri,
nak jadi menteri kena asal dari pencuri !
-
transformasi gopoh gapah najib tiru buku jingga PR....Mulut didahulukan, flip-flop diutamakan....!!!! - Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai...12 years ago
-
Cerita Lawak : Atas Katil, Bawah katil - Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, s...16 years ago
-
-
awas bahaya di musim banjir....Lintah masuk kemaluan...!!! - Yusrina (kiri) bersama ibunya semasa dirawat di Wad Anggerik, HRPZII, semalam. Muhammad Luqman Haziq (kanan) dipeluk ibunya di HRPZII, semalam. KOTA BHA...11 years ago
-
Tarbiyyah Menjelang Ramadhan.. - ALHAMDULILLAH, Saat ini kita telah memasuki bulan rajab yang termasuk salah satu dari bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT: إِنَّ عِدَّةَ الشُّ...16 years ago
-
Big joke from blind fools...Umno delegate defends Rosmah’s use of government jet - The use of a government jet by Datin Seri Rosmah Mansor for an official trip should not be questioned as it involved her security, said Federal Territ...11 years ago
-
life of aku - [image: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket] *لايؤمن أحدكم حتى يحب * *لأخيه ما يحب لنفسه * *Jagalah Persahabatan Kamu Sepertimana Kamu Menjag...16 years ago
-
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan.. - *1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. * *Soalan:* Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat atau ...2 hours ago
-
ETCサービスご利用者様へ大切なお知らせ - ________________ ETCサービスをご利用のお客様へ: インフォメーションMAIL ________________ 平素よりETC利用照会サービスをご利用いただき、誠にありがとうございます 今日、ETCに支払情報が変更されたことが発見しました 本人操作確認するため為、一時使用制限を...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...4 years ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir - PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU) 1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...4 years ago
-
Budak2 Melayu Sekarang.... - Tengahari semalam memenuhi jemputan walimatul urus kawan Varsity pramugari gua. Pramugari gua pi amik air dan booking tempat duduk, gua beratur nak ambil ...4 years ago
-
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON - *Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.* Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14, perkara yang paling ketara ialah per...6 years ago
-
-
PRU14 : Betapa Cepatnya Masa Berlalu - Siapa sangka betapa cepatnya masa berlalu kerana pejam celik pejam celik sudah lebih 40 tahun saya bersama mendokong perjuangan PAS. Jika dulu hanya kaset-...6 years ago
-
Penangkapan Artis NM dan PR atas Kasus Prostitusi - Dunia selebritis kita kembali dihebohkan dengan kasus prostitusi artis setelah sebelumnya terbongkar kasus prostitusi artis yang melibatkan model majalah...9 years ago
-
-
PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS - [image: https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg] Kedudukan pencalonan Presiden Penyandang Tuan Guru DS Abdul Hadi (16...9 years ago
-
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH... - Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...11 years ago
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...15 years ago
-
-
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI - Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Pr...2 years ago
-
Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan ! - *Isu patung* yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timba...8 years ago
-
-
Dari penyokong kepada MAT BASHAH - Rehatkan Tan Cheng Hoe & panggil semula Ramon Marcote - oleh AnakKedah007 Aku ingat malas dah nak tulis menulis lanie..namun disebabkan dok tengok koi hari koi serabut jadi terpaksa jugak aku tekan keyboard PC ...8 years ago
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...8 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...9 years ago
-
Pendekar taik minyak - Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izink...10 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...11 years ago
-
PR mampu pimpin negara - KUALA TERENGGANU - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diakui mempunyai kewibawaan memimpin Malaysia dan mampu menentukan hala tuju yang baik untuk masa depan neg...12 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA - Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan ...13 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment