ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 February 2012

BERHALA MODEN.....Kerajaan UMNOPORNO ‘hilang akal’ bila YAHUDIKAN produk kawalan

 

Kerajaan semakin hilang kewarasan apabila mewajibkan pengusaha tiga barangan kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak memaparkan logo 1Malaysia pada produk-produk mereka sekiranya ingin terus menikmati subsidi.

Syarikat yang terbabit terpaksa menanggung peningkatan kos dalam mematuhi arahan kerajaan yang dilihat tergesa-gesa walaupun kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan tersebut.

Mahukah kerajaan menanggung segala kerugian mereka hanya kerana tiada logo 1Malaysia?..Apa jaminan kerajaan terhadap tempoh penangguhan sedangkan sudah pastinya pengilang sudah pun menyimpan stok untuk produk mereka bagi tempoh jangka masa panjang.

Perlaksaaan itu  boleh menyebabkan timbulnya masalah birokrasi memandangkan track record kerajaan yang sememangnya terkenal dengan masalah itu.

Cukuplah logo Halal sebagai contoh. Apakah kerajaan boleh mendabik dada bagi memastikan perlaksanaan ini akan berjalan dengan adil?..

Barang-barang yang diwartakan adalah barang kawalan yang rakyat sepatutnya dapat menikmatinya dengan harga yang murah, namun ianya menimbulkan tanda tanya mengapa mesti dilaksanakan secara bersyarat.

Bagaimana kalau pucuk pimpinan bertukar seperti mana Islam Hadhari ditukar kepada 1 Malaysia, bukahkah ini akan menimbulkan masalah yang lain kerana umum maklum perangai pucuk pimpinan Umno BN yang kerap menukar ‘tagline’ mengikut citarasa tersendiri..

Oleh yang demikian, kita menasihati kerajaan, supaya tidak menjadi “Berhala Moden” yang perlu “disembah” untuk mendapatkan sesuatu akan tetapi menjadi sebuah kerajaan yang matang sekiranya 54 tahun pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) dijadikan ukuran.

Rakyat sudah boleh menilai kerana mereka kini hidup di zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan  dan bukan mudah untuk di kelentong hidup hidup....!!!

No comments:

Post a Comment