ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 February 2012

Penyelewengan wang zakat di Yayasan Taqwa.. amil asnaf ke 9 di dakwa terlibat lagi .....!!!!!



Dakwaan penyalahgunaan wang zakat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom kini semakin menimbulkan tanda tanya, apabila perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Selain itu, perbelanjaan pergurusan Yayasan Taqwa turut menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak apabila didapati terlalu besar dan tidak munasabah sehingga mencecah RM2 juta.

Mengikut laporan tahun 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pendapatan Yayasan Taqwa sebanyak RM7.78 juta.Perbelanjaan yayasan itu pula sebanyak RM6.98 juta yang jelas menunjukkan sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam laporan tahunan MAIWP bagi tahun 2010 yang lalu.

Juga  di dapati  belanja pengurusan Yayasan Taqwa sehingga RM2 juta adalah sangat tinggi, tambahan pula yayasan tersebut hanyalah mempunyai seorang pengurus besar dan 17 orang kakitangan sahaja.

Mengikut kadar peratusan penyaluran duit zakat yang dilaksanakan oleh Yayasan Taqwa kepada asnaf didapati agihannya sebanyak RM4.98 juta atau 64 peratus, manakala pengurusan sebanyak RM2 juta atau 36 peratus.

Kenapa peratusan penyaluran agihan kepada asnaf hanya 64 peratus sahaja, sedangkan asnaf yang memerlukan masih ramai yang tidak mendapat bantuan sehingga hari ini.Kita  juga  turut mendapati laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa tidak disertakan bersama di dalam laporan tahunan MAIWP.

Yayasan Taqwa adalah agensi yang berada di bawah MAIWP yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan dipengerusikan oleh Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.

Dengan ini, kita mendesak Datuk Seri Jamil Khir menjawab ke manakah wang sebanyak RM800,000 yang tidak dilaporkan di dalam laporan tahunan 2010 itu telah dibelanjakan?..

Jamil  wajar menjelaskan kenapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa terlalu tinggi sehingga mencecah RM2 juta.Kesemua perkara itu perlu dijelaskan dengan segera dan terperinci oleh Datuk Seri Jamil Khir. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu pula bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci..

Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik beliau di Kedah, di samping itu beliau dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat MAIWP untuk tujuan kos guaman kes qazaf.

Sehubungan itu  kita turut mendesak pihak terbabit melantik segera satu badan bebas untuk mengaudit perjalanan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.

Sumber klik SINI

No comments:

Post a Comment