ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 February 2012

felda bankrup....cubaan pertama perompak besar umat melayu felda gagal....Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF dibatal

 

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) hari ini memaklumkan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas yang dijadualkan berlangsung esok telah dibatalkan atas perintah Mahkamah Tinggi Kuantan yang melarang sebarang perbincangan berkenaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Setiausahanya, Abidin Abd Rahman dalam satu kenyataan berkata pembatalan mesyuarat yang dijadualkan di Dewan Perdana Felda, Anjung Felda itu berdasarkan Injunksi Interim yang dikeluarkan mahkamah berkenaan pada 17 Febuari lalu.

“Pembatalan ini disebabkan oleh perintah Mahkamah Tinggi Kuantan, melalui perintah injunksi interim,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 17 Febuari lalu telah mengeluarkan injunksi interim melarang KPF (defendan) berbincang atau membuat keputusan untuk melupuskan ekuitinya kepada FGVH.

Injunksi itu telah dipohon oleh lapan pemegang saham (plaintif) KPF melalui peguam Harris Abdullah.

Antara permohonan yang dibuat plaintif adalah injunksi interim yang melarang sebarang perbincangan, menguatkuasakan sebarang keputusan, dan melupuskan samada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik FGVH.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) secara rasmi menyerahkan keputusan mahkamah itu kepada KPF di ibu pejabatnya, di Jalan Semarak semalam.

Putrajaya telah menyatakan hasrat untuk menyenaraikan FGVH pada April ini seperti yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2012 lalu.

Namun begitu, tindakan tersebut mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak termasuk pembangkang dan penentang utama penyenaraian berkenaan Anak.

Anak, melalui presidennya, Mazlan Aliman sebelum ini mendakwa, Felda Holdings Berhad (Felda) akan mengalami defisit berjumlah RM1.5 bilion setahun sekiranya rancangan penyenaraian FGVH diteruskan.

 

 

penyapu sial

 

 

Teruskan perjuangan wahai peneroka,perompak besar akan sentiasa mencari jalan untuk mempastikan kegilaan mereka menjadi kenyataan,lanun-lanun ini tidak mendahulukan peneroka tetapi poket mereka.

No comments:

Post a Comment