ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 July 2013

Jasbir Chahl digesa beri keterangan di Perancis dan bukan cakap merapu seperti orang yang telah di beli maruahnya oleh kerajaan UMNO-BN...!!!

  

 

Broker pembelian kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl sepatutnya membantu siasatan berhubung skandal kapal selam itu dengan memberi keterangan di Mahkamah Perancis sekiranya beliau serius membantu rakyat Malaysia memahami isu ini dengan lebih jelas.

Ini kerana keterangan Jasbir di mahkamah lebih penting berbanding penjelasan beliau tentang hubungan antara wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Jasbir tidak perlu mengulas hubungan mereka berdua kerana beliau memang tiada kaitan dalam isu itu tetapi apa yang kita tahu daripada latar belakang kes, Jasbir adalah individu pertama yang memulakan rundingan pembelian kapal selam Scorpene seperti didedahkan siasatan pihak berkuasa Perancis.


Kita juga tahu Jasbir kemudiannya bertindak menyaman Razak di mahkamah selepas berlaku pertikaian antara mereka kerana antara tahun 1997 dan 1998, Razak dengan bantuan  Najib Razak ketika itu sebagai Menteri Pertahanan mengambil alih rundingan yang dijalankan oleh Jasbir...

Kenyataan Jasbir itu sekaligus mendedahkan bahawa siasatan di Perancis masih berlangsung dan menunjukkan usaha NGO Suaram membangkitkan isu ini di Malaysia masih relevan diteruskan.

No comments:

Post a Comment