ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 October 2012

bila bapak pengikut syaitan di kenali ...anak iblis samseng yang di kenali boleh bebas begitu sahaja dari tindakan undang undang lain orang jadi kambing hitam.....!!!

Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan kes serangan pengawal peribadi anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ‘telah selesai’ disifatkan melanggar integriti sistem keadilan di negara ini.

Tindakan Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri itu jelas bertentangan dengan dasar awam dan kedaulatan undang-undang negara.

Sebarang jenayah mahupun salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pihak seharusnya dibawa ke mahkamah untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

Di bawah sistem perundangan kita, jenayah tidak boleh ‘diselesaikan secara baik’. Dengan mengambil tindakan sebegitu, Hishammuddin boleh dikatakan  bersubahat. Adakah dia berkompromi hanya kerana kes itu melibatkan anak seorang Menteri Kanan Umno?

Seterusnya, apakah terma penyelesaian ini menyalahi undang-undang? Orang ramai berhak mengetahui perkara sebenar..

Dalam pada itu, kita  turut mempersoalkan hasil daripada siasatan terhadap Mohamed Nedim Nazri di bawah seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, walaupun Hishammuddin mengakui perkara itu sudah disiasat, namun beliau tidak menyatakan sama ada Nedim dibersihkan daripada kesalahan itu.

Setiap warganegara, tidak kira berapa tinggi atau rendah kedudukan sosial mereka, mereka adalah sama dari sudut undang-undang. Justeru, pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes ini mempunyai hak menuntut keadilan yang adil dan saksama.

Kita menyeru Menteri Dalam Negeri untuk membuat pendedahan penuh dan berterus terang tentang fakta sebenar kes itu dan membuka semula siasatan berhubung kes serangan ini..

Hishammuddin  semalam berkata, kes memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim dan disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

Menteri dalam negeri bagaimanapun memberitahu, kes itu telah pun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.Jadi kita  meminta Hishammuddin menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kematian pemuda bernama Darren Kang di Sri Hartamas sekitar tahun 2004.

Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut sebaliknya lima warganegara Thailand telah dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

No comments:

Post a Comment